Pengikut (Blogspot)

Selasa, 29 Oktober 2013

tengok-tengok : banglo empat bilik

hello semua, selamat pagi...

hari ni pergi kerja sendiri. sorang-sorang. selama ni manja sikit sebab Encik L yang hantar. tadi keluar rumah pun rasa malas. dah mengada-ngada mintak tolong hantar kan pun tak jalan jugak. huh! takpe la, berdikari sikit lama-lama okey la. hihi.

dari semalam dok usha rumah-rumah cantik kat internet. hehe. kenapa usha? saje je. boring. tengok rumah-rumah ni ada rasa semangat sikit nak kerja. haha!



Tuscan House
konsep yang diketengahkan ialah konsep tuscan dan mediterranean dan menggabungkan sedikit elemen eropah pada pintu dan tingkap rumah. aku suka rekaan bulat di sebelah kanan rumah, serta bumbung bentuk kon yang menambah konsep tuscan untuk rumah ni. batu tampal pada bahagian hadapan mengambil konsep dan warna-warna mediterranean yang romantik dan mendamaikan. chewah!

Floor Plan - Tuscan House
rumah ni satu tingkat je kot. tapi memadai untuk mereka yang perlukan 4 bilik untuk rumah mereka. hehe. ruang tengah memisahkan antara bilik tidur anak-anak dan bilik tidur utama yang lebih privasi. dilengkapi dengan tempat letak kereta dan "home theater" pada bahagian semi-bulatan bahagian hadapan bangunan. kalau kat Malaysia paling murah boleh pegi harganya dalam 600k kot. kalau kira-kira aku tak salah. tu pun kalau tuan rumah tak mintak aksesori yang mahal-mahal; basic semata-mata. 



Modern House 
rumah atas ni simple. pakai r.c flat roof je dengan kecerunan kurang daripada 5 darjah. konsep moden yang ada cermin tingkap petak-petak di bahagian hadapan rumah yang merupakan fixed glass bahagian hujung membawa kepada cermin boleh laras di bahagian tengah mengambil alih fungsi pintu utama. ruang luar yang terbuka membawa suasana santai kepada pemilik rumah. bagi aku sesuai jugak konsep ni dijadikan konsep "home office"

Floor Plan - Modern House
kan dah bagitau, rumah ni simple. empat bilik sebaris dilengkapi dengan dua bilik air. ruang tamu dan ruang makan yang terbuka membolehkan suasana berkumpul dan kenduri lebih meriah. harga kos paling murah mungkin dalam 450k. aku agak je, aku bukan pro mana pun. haha!

tu je la nak cerita. aku usha-usha pun sambil print drawing. okey, nak makan jap then nak pegi Shah Alam untuk submit drawing. salam sayang semua. adey-chiau.



p.s : takdak luahan hati hari ni. hihi


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.