Pengikut (Blogspot)

Ahad, 27 Oktober 2013

formula basuh baju

hello semua, selamat malam...

sesejak aku kahwin, banyak benda yang aku ubah. banyak jugak benda yang berubah. ada yang dalam kawalan dan ada jugak yang luar kawalan aku. 

antara kerja-kerja rumah yang memang aku jarang buat, aku rasa sedikit penat. somehow, dekat nak dua bulan ni aku dah jadi macam terbiasa buat kerja rumah pulak. walaupun memang tak perfect lansung. 

basuh baju. and i hate it. siapa yang follow entri-entri before ni; semua orang tahu aku basuh baju tiga minggu satu kali. kali ni dah tak lagi. 

Encik L telah menetapkan hari Khamis adalah hari basuh baju. hari Jumaat adalah hari sidai dan lipat baju manakala hari Ahad adalah hari untuk gosok baju. memang la beliau ni jenis takde nak membebel panjang-panjang kalau aku tak ikut jadual; tapi aku tak menahan kalau beliau kaki "menunggu" sampai kerja tu siap. tanpa berbuat apa-apa. hahaha. pedih tu ~~!

bile menggunakan mesin basuh 2 pintu, Encik L ada formula tersendiri. mula-mula memang menyampah gile nak ikut tapi nak buat macam mana. nak kata aku degil, beliau adalah 3 kali lebih darinya.

untuk part membasuh, masukkan baju ikut asingan yang sepatutnya. kire baju kerja dengan baju kerja, jeans dengan bahagian masing-masing dan ikutlah nilai baju mengikut posisi masing-masing. tu memang biasa. aku pun takde la pelik sangat. 

tapi yang peliknya, pusingan untuk waktu membasuh ditetapkan mengikut jenis-jenis baju. baju kerja 4 minit, tudung 2 minit dan jeans 6 minit. pusingan untuk 15 minit hanya dibenarkan untuk basuhan cadar dan comforter aje. alasannya; 15 minit hanya untuk heavy duty je. siap pajak aku tak reti guna mesin lagi ada. haih.

tu part membasuh. lepas mesin berhenti membasuh mengikut minit-minit yang dipilih; masukkan kain-kain ke dalam ruangan mengering. keringkan selama 2 minit dan ingat jangan lebih. dengan alasan taknak bau sabun habis.

bila nak letak pelembut kain?? ha, yang ni kena guna manual. sediakan satu besen air yang telah diletakkan pelembut pakaian di dalamnya. keluarkan kain-kain dari mesin pengering dan rendam dalam besen.

rendam selama 3 minit. ada kau terasa kau rendam kain 3 minit je? haha.

masukkan semula kain-kain yang telah bersalut pelembut ke dalam ruangan mengering. keringkan selama 2 minit. yang ni lagi kepantangan kalau lebih dari 2 minit. nanti bau pelembut akan hilang. 

kahkah. tu lah prosedur nak basuh baju guna mesin kalau duduk dengan Encik L. aku rasa dah cukup pelik dah. tak tau la kalau korang rasa okey. 

tu lah rutin aku setiap khamis. bila lama-lama buat rasa macam best pulak cara ni dan rasa lawak la pulak.

entah dari mana dapat formula tu entah. layankan aje. adey-chiau.


p.s : ape-ape je lah.



Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.