Pengikut (Blogspot)

Rabu, 30 Oktober 2013

cerita rambut (1)

hello semua, selamat tengah hari...

Conditioner botol bulat

aku dah tak pergi kedai pun untuk gunting rambut. aku nak jimat dan aku harap perkara ni kekal lama. kalau pergi kedai yang best; gunting dan cuci makan jugak sekeping duit nilaian lima puluh ringgit. semata-mata hasil kerja basic yang tahan setengah hari cantiknya adalah satu perkara yang perlu difikirkan berkali-kali. hehe.

bila Encik L gunting rambut style kampung-kampung, aku rasa not bad. bila di Pekan Ijok takde jenama Herbal Essence kat situ. aku mencari conditioner botol bulat. ia lebih likat dari conditioner botol panjang tu. kan aku baru potong rambut. tu yang nak bagi perapi elok-elok.

setelah berpusing-pusing 3 kedai berdekatan yang Encik L buat tak layan main Candy Crush, aku jumpa jenama Sunslik warna Pink. hanya itu saje yang ada botol bulat; jenama Sunslik; warna pink. ko nak cakap ape sekarang. 

harga pun boleh tahan dalam RM 11.90, aku amek je la. 

bila dah guna, aku rasa not bad dan lembut je.

tapi maseh mengekalkan Herbal Essence untuk shampoo. alasannya sama jugak macam korang guna cleanser muka, korang kena carik jenama yang paling "the best" untuk kulit muka korang. 

rambut pun sama. dalam banyak-banyak produk, Herbal Essence paling boleh ngam dengan rambut.

yang penting ialah kau ada disiplin pasal penampilan diri, insya-Allah lama-lama cantik la. huahua. 

takde fakta sangat kan? kalau nak fakta pasal rambut yang bagus, sila ke link ni :



tu je dari MichellePhan.com. tu je la cerita hari ni. adey-chiau.




p.s : masa gunting rambut la Encik L nak amek peluang membebel-bebel kat belakang sebab aku tak boleh lari ke mana-mana. hehe.




Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.