Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Sabtu, Oktober 5

cerita kopi dan donut

hello semua, selamat tengah hari...

Dunkin Donuts Black Coffee
Petronas Hentian Rehat Seremban

semalam adalah hari yang bernama hari mengantok. serius mengantok. aku penat tahap ape pun tak tau. kalau korang nak tau, aku sendiri terkapai-kapai nak uruskan diri aku sendiri.

semalam pegi Melaka dengan Ncik Bos Botak. sepanjang tiga tahun aku keje dengan beliau, baru semalam aku tau yang beliau pun suka donut. haha! same macam aku.

dah mengantok sangat agaknya, singgah drive through Dunkin Donut, Petronas Hentian Rehat Seremban. sambil tu tanya aku nak kopi ke tak.

aku yang agak mata panda pun tidak menolak pelawaan beliau. lalu beliau order black coffee dua cawan bersama dengan donut 6 biji seperti pakej Dunkin Donut yang basic tu.

yang peliknya, Ncik Bos Botak cakap yang beliau nak habiskan semua syiling yang beliau ada dalam kereta. syiling? aku dah cukup pelik dah.

sekali akak cashier pun memberitahu harga kopi dan donut berjumlah RM21.00.

Ncik Bos Botak macam terkejut, beliau pun amek la duit dari wallet dan membayar ape yang patut ye tak?

sambil membawa kereta ke luar, ke jalan raya besar. Ncik Bos Botak cakap dulu masa beliau belajar kat oversea, kalau takde duit makan donut la.

sebiji donut 30 sen. 

aku, ehh??

25 tahun lepas kot. lagi pun memang sarapan oversea donut.

lagi satu kan, orang Malaysia makan kuih keria je kot. kuih keria la dapat 30 sen. kehkeh.

tu ibarat kenangan kopi dan donut dengan Ncik Bos Botak. adey-chiau.



p.s : kerja aku kan berlambak-lambak. tak menang tangan nak buat. tapi ada orang asyik complain hari-hari. buatkan hidup aku yang muak ni pun bertambah muak.




19 ulasan:

  1. 25taun dulu bolehlah 30sen...skang 3 ringgit kot sebijik

    BalasPadam
    Balasan
    1. kehkehkeh...

      perbandingan harga katanya...

      Padam
  2. donut yg dulu bukanlah yg sekarang..
    kekekeke....

    kalaulah donut tu 30sen...
    mau bos botak tu order 20ketul..
    hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. emm...

      kalau order 20 ketul spe nak makan?

      hehe.

      Padam
  3. pesal ko tak pegi big apple..lagi sedap..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat R&R ada ke big apple? kot la aku tak perasan ke. huhuhu. selalu jumpa dunkin donut je..hehehe

      Padam
    2. huahua...

      kalau la kat r&r tu ada big apple...

      dah lama aku sebat bandle...

      Padam
  4. aku suka sangat dunkin donat ni dari kecik. dulu-dulu punya cerita kalau naik bas kat puduraya tu wajib ayah aku kena belikan...kalau tak beli aku nangis. salah satu kenangan DD ni dengan ayah aku yg jauh dimata kini. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. emmm...

      sama macam ko gak la...

      dulu masa aku blaja memang makan DD kat pudu ni benda wajib

      beli 2 biji choc puding... makan dalam bas sampai johor...

      Padam
  5. kopi dan donut ibarat irama dan lagu. peberet kite gak tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul...

      aku suke latte... tapi time mengantok memang black coffee la yang terbaik...

      Padam
  6. Kah3.. Hambik bayar la RM21 tu dengan duit syiling. Celah mana la donut 30sen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tp not bad kot dalam kereta ada almost rm10 syiling

      :)

      Padam
  7. tak pernah makan DD lagi sbb setia ngan BA

    BalasPadam
    Balasan
    1. DD ni sebenarnya lebih murah dari BA...

      makanan yang senang dapat kt R&R...

      nak parak lagi makan Jco...

      hehe.

      Padam
  8. lama tak berdunkin..

    skg berbig apple..hihi..

    BalasPadam
  9. Nampak sangat selalu Ncik Boss makan donut free sebab tak tahu mana ada harga donut 30 sen lagi. Zaman Mas belum lahir adalah...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha....

      tu la pasalnye kan Kakzakie...

      baru Mas terfikir...

      Padam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.