Pengikut (Blogspot)

Isnin, 28 Oktober 2013

buku : akhlak Rasulullah SAW

hello semua, selamat tengah hari...

dari pagi duduk pejabat je. banyak drawing yang aku pending nak buat. petang ni nak hantar. oleh sebab aku boring tengah hari ni dan nak makan pun malas. meh aku berkongsi pasal buku ilmiah yang aku dapat masa kahwin hari tu. ada orang bagi buku kat aku; serius aku excited. haha!

Dari Hajjah Azizah Abdul Aziz

dalam ucapan kat kulit pertama dalam buku; mendoakan keberkatan perkahwinan ni. terima kasih banyak-banyak ye. 

basically, buku ni menceritakan keperibadian Rasulullah SAW yang secara tak langsung merupakan perkara-perkara sunnah yang boleh diambil oleh kita sebagai umat baginda.

walaupun dalam versi Indonesia, rasanya apa yang disampaikan aku masih boleh faham. indahnya akhlak Rasulullah SAW dalam perhubungan; apatah lagi layanan baginda ke atas isteri-isteri. penuh dengan kasih sayang.

jadi, sesiapa yang inginkan detail berkenaan dengan keperibadian Rasulullah boleh dapatkan buku ni. memang banyak info yang tak tertulis masa kite mengaji kat sekolah-sekolah dulu; semuanya berlandaskan hadis dari Imam al-Tirmizi.

tu je nak kongsi. ada lagi 2 buku aku beli. nanti aku kongsikan. kalau rajin la kan... tapi tak tau bile. hakhak.

nampak tulisan aku mood macam ceria kan? tapi takde la ceria sangat...

adey-chiau.


p.s : takkan cerita benda-benda sedih dalam blog; simpan dalam diari hati je.



18 ulasan:

  1. Balasan
    1. macam je la...

      mana ada ceria betul-betul...

      haha!

      Padam
  2. ada byk buku yg sy beli x baca lg. adoiii.. malasnyaaa kak... tolong bacakan.. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. huahua...

      akak pun sebulan lebih baru habis satu buku...

      mau tambah lagi ka?

      Padam
  3. Owh still senang faham eh kalau dalam Indonesian? KAlau I mesti nak kena ulang2 few times kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. maybe this book guna bahasa indonesia moden...

      ditambah pula duduk di kalangan javanese, so memang tak tau boleh tanya

      :)

      Padam
  4. Bahasa Indonesia? Hurmmm.. aku ada satu buku Bahasa Indonesia, buku dari mana entah, aku jumpa kat rak buku kat rumah. Bila baca, adeh... memang tak faham. Ataupun itu sebenarnya buku sastera? Erk... :3

    BalasPadam
    Balasan
    1. kemungkinan ia ada sastera ia...

      yg tu kena amek kelas tu reen

      :)

      Padam
  5. bahasa indonesia ni sedap dibaca sebenarnya...slow slow abiskan okey... kite pun ada buku dah setahun setengah tak abis baca, hehehe~

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu.

      kite siap buat jadual setiap isnin dan khamis baca buku ilmiah katanya sebelah malam...

      tapi setakat ni baru 2 hari yang dapat buat mcm tu, yang hari lain semuanya tido...

      huhu.

      Padam
  6. bgus jugakkan buku2 mcm ni,
    mmg byk tips2 yg boleh kita manfaatkan...
    cuma tggal kita je la...nak xnak je buat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. huahuahua.

      kadang kala nampak macam senang

      tp nak implement susah

      huh ~!

      Padam
  7. ayat terakhir tu nmpk sgt masih bersedih,contoh akhlak Rasulallah,praktikkan apa yg bagnda buat bila bersedih,Insyaallah cerialah hidup.eceh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul jugak saranan akak kutu ni...

      gaya hidup Rasulullah adalah paling tenang yang pernah dibaca setakat ni.

      hehe.

      Padam
  8. Sungguh keperibadian rasulullah tak ada tolok bandingnya. Baru petang semalam radio IKIM mengulas hal ini termasuklah baginda sedari kecik. Walaupun anak yatim tapi tak pernah meminta-minta, walaupun disanjung tak pernah merasa megah, hati baginda murni dan sentiasa dilindungi Allah. Biar ramai mana pun musuh namun wafatnya baginda dgn tenang... sedih dan sayu bila bab ini.

    Harap encik L baca juga isi buku ini. Tak pun bagilah ulasan padanya utk sama menghayati Mas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak tunggu die baca memang payah.

      haha!

      orang bertukang mana minat membaca.

      kena ajar baca buku yang nipis-nipis baru lah boleh ajar yang tebal...

      huhu.

      Padam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.