Pengikut (Blogspot)

Isnin, 7 Oktober 2013

07-10 (3) : kembara 3 tahun

hello semua, selamat petang...

Tujuh Oktober, genap tiga tahun aku kerja kat company ni. genap tiga tahun jugak aku terkapai-kapai cari ilmu kat sini.

untuk hari ni aku belajar satu benda, dah kahwin dan belum kahwin tu lain.

masa belum kahwin memang suka hati aku untuk fokus dalam kerja. sedar tak sedar aku memang 24 jam memikirkan kerja waktu dulu. workaholic-nya aku.

tapi dah kahwin ni macam payah, suami yang dianggap memahami ketika bercinta dulu mungkin telah berlalu pergi. haha!

aku tak salahkan suami aku dalam hal ni. tolong jangan sarkastik baca ayat-ayat aku ni. cuba fahamkan sampai habis.

bila dah kahwin, even apa yang berlaku dalam dunia dan akhirat. kita kena meletakkan kepentingan dan keredaan itu kepada insan yang bergelar suami. 

even kau gila kerja macam aku, bila suami ambil dari pejabat kau tetap kena letak otak kau kat tepi. even masa tu kau yang dari tadi termenung nak tulis apa dalam paperwork kau yang kau nak hantar esok, tiba-tiba idea datang disaat suami sampai, benda tu kau kena lah pendam sampai esok. 

kau sendiri yang kena bahagikan otak kau yang dulunya kau boleh suka suki berfikir bila masa yang otak kau mahu. sekarang pulak kau kena latih otak kau hanya untuk berfikir dari 0900 pagi hingga 0530 petang.

kau ingat senang nak cuci otak kau sendiri. 

ya, untuk perjalanan menginjak tiga tahun bekerja. inilah perasaan aku.

aku masih dengan rasa down ingin meneruskan cita-cita aku untuk menjadi jurutera profesional.

ya, aku seorang perempuan dan aku isteri.

aku tak boleh putus asa jugak atas ape yang aku inginkan. betul tak?

aku boleh, satu hari nanti.

selamat ulang tahun 3 tahun bekerja Mastura. semoga berjaya. adey-chiau.



p.s : sedang belajar menjahit manik-manik. wish me luck!


18 ulasan:

  1. bukan senang nak dapat Ir dan tak mustahil pun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dan bile dah kawin ni ia seaakan menjaooo....

      haha!

      Padam
    2. hikhikhik... aku pun guna alasan yang sama..,.,

      Padam
    3. emm...

      kau lelaki, ada peluang banyak utk teruskan usaha

      :)

      Padam
  2. dah masuk 3 tahun ? waa , lama dah tu...teruskan jadi pekerja yang baik dan isteri yg baik :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. setakat 3 tahun ni maseh keje tempat yang sama...

      hihi. walau gaji ciput...

      Padam
  3. alaaa..jgn biar impian tu terpendam.. jgn jadikan perkahwinan sbg halangan tuk berjaya... awak mesti blh pny...

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu.

      bukan impian tu terpendam... cuma makin mencabar nak menjayakannya...

      Padam
  4. Hehehe. semoga berjaya menjadi seorang jurutera profesional di samping tidak melupakan tugas baru.. :D

    BalasPadam
  5. tak dapat 'master' dalam bidang kejuruteraan, dapat 'master' dalam ilmu rumah tangga pun ok, saham akhirat tu :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu.

      ilmu rumah tangga kite failed. semua pun tak reti buat...

      Padam
  6. pergh... happy anniversary as worker. :D

    Keep it up. :D

    BalasPadam
  7. 3tahun terbiasa perkara yg sama..dah tiba2 kena ubah atau berginjak sedikit dari selalu..mmg agak susah..

    Tp kalau dibiasakan hari2 mendatang..pasti akan terbiasa nanti...

    Apapun...jgn mudah putus asa k...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la die...

      aku cuba biasakan diri dengan keadaan baru...

      alhamdullillah dalam masa sebulan ni ada perubahan die...

      hope akan jadi yang lebih baik lepas ni...

      Padam
  8. aku doakan ko berjaya mencapai cita2 ko nak jadi jurutera professional tu. Tapi best apa suami jemput bila balik dari keja. Wp otak ko dah letak tepi, tapi bila suami jemput, ko dah takyah serabut otak lagi nak fikir pasal jem. Biar dia je yg drive kan.

    Tapi betul tak, kejap je berlalu 3 thn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la pasal...

      sangat-sangat bersyukur sbb ada orang yang ambil dr kerja, siap hantar, siap ada sarapan, siap bagi ot sampai malam...

      aku ni kire beruntung jugak kan?

      betul, kejap ke dah 3 tahun... mcm takde ape yang aku buat kat sini...

      hehe.

      Padam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.