Pengikut (Blogspot)

Khamis, 19 September 2013

waze ke haze atau puchong ke sepang?

hello semua, selamat petang...

penat ni. jalan merata-rata. drive sorang-sorang. 

pagi jumpa Ncik Bos Botak. semalam dapat escape tak jumpa sebab pegi Shah Alam. 

handphone pulak diformat. nombor kontraktor yang dipanggil telah hilang terus. jadi selak menyelak buku telefon yang tulisan carca marba untuk mintak semula alamat pejabat.

alamat tertera Puchong. ambil telefon dan buka Waze. taip alamat yang diberikan oleh kontraktor tu. tapi internet dan gps tak bape nak cun. Waze hanya menjadi perhiasan semata-mata.

sebagai consultant, suppose to be kontraktor yang datang bertemu kita. so, aku memang tak pernah ke office ni.

tapi disebabkan aku ingin membuat ambush; bhale nak ambush tibe-tibe. haha! aku pun singgah la office. konon-konon nak melengkap prosedur kontrak yang berbulan-bulan aku dah pending.

ok. tu tujuan pegi. tak yah nak state pun takpe ye tak?

so, bila alamat tertera Puchong; otak aku ada satu mind-set. iaitu berdekatan dengan Kinrara. adekah korang alami benda yang sama macam aku? haha!

jadi, hala tuju jalan aku mula-mula masuk LDP. itu pun arahan Waze ketika mula-mula ia berfungsi sebelum hilang signal. makin jauh aku ke Puchong, makin hilang hala tuju. 

dah masuk Taman Teknologi Puchong kot. aku rasa sangsi lagi. terus aku restart handphone; sehingga aku ambil iniasatif berhenti di stesen minyak. aku on semula Waze; yang agak-agak sudah lebih mendengar kata dari tadi. 

terus dari Taman Teknologi Puchong ape bhale tu, Waze membawa aku ke Sungai Besi dan kemudian U-turn semula masuk highway yang aku tak pernah lalu. siot!

aku mendengar kata Waze; tiada siapa yang mampu menolong gamaknye ketika itu. haha!

pusing punya pusing, Waze mengajak aku ke highway MEX. aku dah naik buntu dah.

handphone pulak mintak nyawa. dalam kereta milik syarikat, aku tak stand by apa-apa sebagai perintis nyawa pada telefon. aku mula naik cuak.

sampai di Hentian Rehat Seri Kembangan, aku berhenti. aku betul-betul kena rancang keputusan yang paling bernas.

aku matikan talian internet dan navigasi yang bagi aku sampah ketika itu.

aku slide ke arah nombor milik kontraktor. pada masa ini, kata-kata manusia lebih berguna dari fakta internet. huahua.

panggilan aku berjawab. kontraktor memberitahu aku menuju jalan yang benar. ape yang aku perlu ialah melepasi highway tersebut di Persimpangan Putrajaya. seterusnya memilih simpang KLIA.

dan terus ke lokasi yang alamatnya tertulis Puchong.

adekah Dengkil dan Sepang kategori Puchong?

itu persoalan aku. sampai sekarang.

kenapa aku bebel semua ni? penat gile.

nak buat keje pun dah tak lalu. adey-chiau.



p.s : boring saya boring


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.