Pengikut (Blogspot)

Rabu, 18 September 2013

anggap ini satu hari bermakna dalam diri

hello semua, selamat petang...

aku seharian di Shah Alam. kemudian, meneman Ncik Meor Satey ke satu klien di Jalan Timur. aku tak join yang tu tapi menunggu di Amcorp Mall; berdekatan dengan bangunan klien tersebut.

hari ni aku anggap adalah hari kerjaya. first time, Ncik Bos Botak tinggalkan aku dengan Ncik Meor Satey untuk mengadap perbentangan dengan klien surau hari ni. i mean, yang lain dari klien perenggan di atas.

mula-mula sekali, aku ingatkan yang aku akan berjumpa dengan Pakcik R. panggil Pakcik R dah cukup macam Kisah Benar pulak. haha!

aku dengan sempoi bawah fail drawing saiz A3 untuk aku buat terang main-main dengan Pakcik R. sekali kan, amek kau. segala suku sakat dalam department tu turun nak dengar perbentangan aku.

aku dah agak kalut dah. tapi maintain terang satu-satu. tapi tak tau la betul atau tidak. yang penting aku main belasah je. 

cuma, malas nak cerita panjang-panjang kat sini.

conclusion-nya, pengalaman mendewasakan kita.

kalau tiga tahun dulu aku macam tadi; mesti kena hentam kaw kaw punya.

syukur dengan kurniaan Tuhan.

assalammualaikum. adey-chiau.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.