Pengikut (Blogspot)

Isnin, 19 Ogos 2013

syawal hari ke-10 : banyak kerja, kerja banyak

hello semua, selamat petang...

hari ni adalah hari mengantok. mengantok sangat-sangat sebab malam tadi tak tido.

berjaya untuk hantar tender lepas Encik L yang tak reti menaip tolong aku menaip.

berjaya hantar tender sebab adik-adik praktikal tolong aku untuk combine company profile.

berjaya hantar tender sebab adik-adik praktikal yang tolong scan macam-macam benda yang perlu didokumentasi.

kalau harapkan aku seorang diri, takkan mungkinlah berjaya. nak siapkan paperwork fikir berhari-hari. macam otak terlampau stress untuk berfikir. 

aku main game bukan sebab aku suka-suka. tapi takde orang pun faham ada apa dalam jiwa aku. aku pening. banyak benda aku nak kejar untuk settle.

aku lately collapse, tangan menggigil-gigil.

bukan sebab aku nervous.

pelik, aku tak rasa nervous tu. yang aku rasa penat.

penat nak mati. 

semua benda yang aku pegang semua jatuh dan semua tumpah.

pegang kertas jatuh. pegang air tumpah.

betis rasa nak patah dan keras gila.

sakit bukan kepalang.

banyak gak benda tak settle.

cuma mintak Tuhan permudahkan.

dan mintak Tuhan kurniakan tetamu yang meramaikan majlis.

mintak maaf jugak kepada kawan-kawan yang rasa diabaikan.

aku bukan ada niat, tapi aku memang tak menyempat nak buat semua benda sekali gus.

dapat tidur adalah nikmat paling indah.

adey-chiau.


12 ulasan:

  1. ada harinya semua benda tak kena. sabar. banyakkan rehat dan tenangkan diri seketika..it helps a lot actually.

    BalasPadam
  2. banyak kerja, kerja banyak =)

    BalasPadam
  3. semoga tabah menghadapi semuanya punzel.. harap2 dapt pi mjlis punzel nanti..

    errr ade ajak ke? haha

    BalasPadam
  4. salam
    ai saya ida
    newbies blogger
    baru follow blog ni
    jemput ye follow blog saya
    umielman.blogspot.com

    BalasPadam
  5. Masih sibuk nak bertender lagi ke Mas? Hal sendiri kena juga ambil berat. Sekali seumur hidup dik. Masa berjalan. Setelkan dulu semua baru kepala tu tak berat. Kalau tak nak tidur pun dok ingat ada yg tak setel lagi. Minta adik-adik tolong mana yg boleh..

    BalasPadam
  6. mujur ada adik2 praktikal...
    tenang2 yea punzel..
    insyaAllah..semuanya akan berjalan lancar...

    BalasPadam
  7. kena tambah cuti raya tu.. penat sangat sampai gigil2... salam syawal dari gang baru kopitiam.... follow kamu...

    BalasPadam
  8. keje keje jgk tp jgn la sampai abaikan kesihatan weyyy

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.