Pengikut (Blogspot)

Rabu, 10 Julai 2013

ramadhan hari pertama

hello semua, selamat pagi...

beberapa perkara random sebelum sahur semalam :

1. hari ni ramadhan terakhir aku bergelar bujang; insya-Allah. petang semalam hang out dengan budak office kat Pizza Hut. konon-konon nak melepas rindu pada pizza yang ada banyak cheese macam sebelum ni tapi melepas. dah takde jual pizza tu ganti dengan pizza lain.

2. Encik L keje sampai malam. malam baru sampai Selayang. agak jam 10 malam gitu. konon nak beramba di Selayang Mall sebelah petang adalah karut semata-mata. jadi untuk menebus kesalahan beliau, beliau nak sahur dengan aku. katanya lah. 

3. malangnya jam 0100 pagi, Encik L ajak aku jalan-jalan dan pusing-pusing biar at the end pukul 0430 pagi kami akan ready untuk sahur. aku tanya, nak g mana. pegi Rawang. okey. tup tup sampai depan kolam pancing. keluar ayat:

Encik L : agak-agak dapat ikan tak hari ni yang?

Aku : tak sebab abang tengah penat...

Encik L : ade ke cakap macam tu, memancing ni macam cari rezeki; belum cuba dah tau tak dapat...

Aku : errr, marah pulak?

berdasarkan kata-kata aku tu, Encik L jadikan hujah yang beliau tak nak masuk lombong tu. honestly, aku suka baik tido dalam kereta. ko pegi la mancing dalam tu sebab time tu dah pukul 0200 pagi. 

dah beliau penat tengok ade sorang pakcik memancing tak dapat-dapat; start enjin kereta dan menuju ke kedai makan untuk membeli sahur. 

sampai kat kedai kami sama-sama collapse. tertido dalam kereta sambil tu kami bincang (bercakap tak sudah) masa depan dalam kereta. masing-masing memikirkan hal masa depan. dan berbincang panjang. 

aku pun tak larat nak makan kat kedai. entah ape yang aku penatkan. jadi, Encik L tapau je. sahur kat office aku. selesai satu bab. 

bile selesai sahur masing-masing tergolek atas lantai office jenis carpet surau. memang lena la kan kalau tido. dan bila aku terjaga; Encik L dah takde. 

selamat menyambut Ramadhan kepada semua dan semoga amalan dan taubat diberkati. assallamualaikum....




Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.