Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 20 Julai 2013

ramadhan hari kesepuluh : melempiaskan marahku; Belang menunggu maut

hello semua, selamat tengah malam...

membaca Al-Fatihah 21 kali untuk pelindung diri. ayat pertama Al-Quran yang menceritakan kewujudan alam semesta. betapa besarnya nas dalam ayat tu.

tadi berbuka puasa Ayam Penyet Api kat Taman Seri Gombak; nama mengada-ngadanya Gombak Prima. haha! habis berbuka terus pegi Jusco, Wangsa Maju. honestly dah setengah tahun aku tak masuk Jusco. aku bukan shopping pun. 

sebab Kak Hawa nak redeem voucher menang bowling Cik Shida; kitorang pegi la Jusco. memang ngam dengan timing sebab sale raya. 

aku pun amek kesempatan beli barang Encik L yang tak siap lagi. dah ready semua. dah jam 12 malam pun bersungguh nak buat hantaran. nak match kain wrapping dengan corak manik-manik. 

selesai je gam; aku buat pengumuman kepada adik-adik yang tidur di ruang tamu yang memang menanti untuk lampu dipadamkan. 

Aku : kejap, ade lagi tak siap. akak nak letak bunga atas ni...

gile excited muka aku. adik yang pendiam pun boleh senyum. first time tengok beliau senyum pun boleh berbunga-bunga hati aku. tu je fakta. haha!

amek-amek plastik bunga yang aku simpan bawah katil hasil pembelian borong di Tangkak hari tu. peergggh! haring.....!

cilaka punya belang!!!!

akhirnya bunga-bunga untuk hias hantaran ada bersadai dalam mesin basuh. rendam dengan downy. 

kepada abang kawasan belang, cepat la balik esok sahur. boleh aku siat-siat kulit kau, buat satey!!!

adey-chiau.


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.