Pengikut (Blogspot)

Khamis, 25 Julai 2013

ramadhan hari keenam belas : belang in the house

hello semua, selamat tengah hari...

sebab ada beberapa blogger yang geram tengok Belang. 

mari aku tepek beberapa gambar comel dari facebook Cik Shida. mat salleh farmville pun like tengok muka Belang yang berlakon cute ni tau.

Belang seekor kucing garang sebenarnya. nak kendong pun kena ada cara. silap-silap nanti tangan kena ngap. kalau tak kena ngap pun bercekau-cekau la tangan tu nanti. 

garang-garang pun tetap ada kuntumnya. takut kepada kucing baby dan sugar glider. takut dengan bunyi guruh, mercun dan gas-gas yang boleh meletup serta takut dengan anjing. walaupun abang kawasan.


Belang dan Maknya. Same kan?? Haha!

Gambar dalam dakapan Maknya.
Hanya mak aje yang bebas mengendong ape saje cara.

Berat badan Belang. almost 7 kg tau...

Meminta-minta makanan di Kedai Makcik
Ade rupe senyum kan?
Belang ada satu kelemahan. Bila tido tak ingat dunia.
Ni lah akibatnya... hahaha

Lagi satu pembulian ketika tidur. haha!

Mana tak lena. Maknya bagi bantal empuk. Siap ada dolphin lagi.


Pembulian lepas bangun tido
Me and my best friend. Katenye...

Ni musuh Belang, Ah-ren.
Tapi bile time makan, kautim!

okey. tu je gambar Belang. saje buat tatapan mata.

aku nak g firm arkitek jalan-jalan. 

salam sayang semua. adey-chiau.


p.s : jangan sentap-sentap Ramadhan ni bang, tak baik... hikhik


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.