Pengikut (Blogspot)

Isnin, 8 Julai 2013

drama jepun : rich man, poor woman

hello semua, selamat petang...

hari ni Ncik Bos Botak tak panggil aku. taknak kacau aku kot. tapi biar la. aku buat kerja aku sudah la. minggu lepas aku lepak dengan adik Encik L, sambil-sambil tu layan drama Jepun kat TV 8 yang disiarkan hari Ahad je. menurut Adik Ana la. aku memang tak pernah tengok cerita hari Ahad pun. memang punca betul Adik Ana buat aku search cerita ni kat internet. huahua.

rich man, poor woman. bukan cerita cinta. ia bercerita tentang seseorang yang kaya menjadi miskin. aieh, baca tajuk la kalau nak tau kan?


toru hyuga. seorang usahawan yang berjaya di Jepun. syarikat Art & Design milik lelaki ni bersama dengan rakan kongsinya, Ashanita merupakan syarikat bursa saham yang ternama di Jepun. 

Hyuga dan Ashanita merupakan sahabat baik. yang bercita-cita menjadikan syarikat web milik diorang terkenal. seopanjang 8 tahun mengusahakan syarikat tersebut berkembang besar dan lebih besar sehingga berjaya menggajikan engineer dan designer terbaik jepun dengan pelbagai inovasi di web. 

utuhnya persahabatan sehingga tahap tu kan berusaha? tapi malangnya; setelah lapan tahun, Ashanita rasa teraniaya kot. dengki pun ada sebab melihat Hyuga makin angkuh berjaya dan berjaya. Ashanita tikam kawannya ini dari belakang. membuatkan Hyuga terduduk kerana terpaksa menjual semua saham beliau dalam Next Innovation. 

tak cukup dengan tu, beliau ambil projek terulung milik Hyuga name by Personal File. dengan menggunakan veto lembaga pengarah. pekerja yang setia dengan Hyuga yang setia konon-konon pun lari seyh. 

hanya ada seorang perempuan, pekerja baru Next Innovation yang sedia mengikut Hyuga ke mana sahaja. ye lah, dah tangkap cintan ngan Hyuga. 

sedih tengok orang tergolek terjatuh lepas bina satu empayar. tapi orang macam ni jugak bila beliau bangkit, takde siape yang boleh halang kot...

itu adalah cerita untuk minggu depan. kihkih. 

aku nak tengok online la malam nanti. adey-chiau.



p.s : pengaruh besar kot cerita ni kat aku. berangan-angan nak bukak company kan...


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.