Pengikut (Blogspot)

Ahad, 7 Julai 2013

bingkisan 3 : kursus pra-perkahwinan

hello semua, selamat malam...

aku baru balik dari kursus kahwin. pegi dengan Encik L. kat Pejabat Agama Kuala Selangor. malam Jumaat tu, tidur kat Gombak sebab nak lepaskan ikan jelawat. tapi last-last tak dapat lepaskan sebab ikan tu dah mati dalam perjalanan. jahat pulak rasa doa aku tu kan?

sebelum masuk kursus kahwin tu memang kami berdua dah lambat. cuba bertolak dari Gombak ke Kuala Selangor seawal 0630 pagi adalah janji kosong aku. last-last lepas sarapan segala bagai, 0715 pagi jugak Encik L pecut ke sana. 

bila dah nak sampai tu, agak lambat 10 minit. aku bukak laci kereta. sekali tergerak hati aku tanya mana cd Adele yang buat konsert kat Albert Hall tu. sekali Encik L cakap beliau dah buang sebab ada calar. aku??

Aku : orang beli cd tu seratus kot harga dia... (honestly memang aku beli, saat otak aku tengah bengong)

Encik L : dah tu, dah calar aku buang la... 

Aku : mahal kot...

Encik L : bukan aku yang buat, memang die calar. tak payah la pegi kursus. 

Aku : laa??? ape masalah kau???

Encik L : dah kau jerit kat telinga aku.

betul-betul beliau berhenti kereta, depan pejabat ceramah tu. aku terus masuk dalam dengar ceramah. malas aku nak bertekak dan tengok ape jadi kat beliau. 

sedar-sedar beliau kat belakang aku. daftar dan masuk dengar ceramah. 

biase lah, kalau kursus kahwin memang la banyak cerita pasal resam dan keadaan rumah tangga kan. gaduh sana, gaduh sini. bertekak sana, bertekak sini. cerai pasal benda-benda kicap la kentut la dan benda-benda yang tidak boleh selamatkan sesuatu perkahwinan yang menunjukkan ciri-ciri kebodohan/kealpaan manusia tu sendiri kan?

bile tengah hari aku dah hilang marah dah. dah pegi makan tengah hari sama-sama. macam masing-masing dah lupa dah ape yang kami baru gaduh pagi tadi. 

betul la; eloknye pegi kursus dengan pasangan kalau ada peluang. 

tapi jodoh dan pertemuan tu kan kat tangan tuhan. setiap perkara ada hikmahnya. adey-chiau.


p.s : aku cuma nak bagi tau Encik L, sesusah mana pun seorang isteri. aku akan cuba bersedia.




Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.