Pengikut (Blogspot)

Selasa, 11 Jun 2013

perbandingan pemberian

hello semua, selamat tengah hari...

tadi pergi bank sekali lagi. semalam mintak cek tu menjadi cash. hari ni baru ke bank semula untuk cash duit gaji dan duit pengurusan budak. mengantok sebab dua malam tak tido. mengada sangat. padan muka aku.

lalu depan bank ada orang mintak derma untuk bina Kompleks Anak Yatim kat Kota Tinggi. siap ada iklan diorang dah ratakan tanah lagi. ada value duit untuk diwakafkan ikut kaki persegi. aku takde la mampu pun nak derma sedemikian rupa. aku nak selesaikan urusan wajib dulu a.k.a bernikah. kehkeh.

setiap iklan berkenaan dengan derma mesti berkait dengan sedekah. hari ni aku kongsikan petikan ayat 261 dari Surah Al-Baqarah:

Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah SWT, sama seperti biji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah SWT akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmatNya) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.

tu je nak kongsi. hari ni hari yang lemau...


p.s : aku tak percaya cinta.... auuu ~!

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.