Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Isnin, Jun 24

mengintai sebuah beg tukang

hello semua, selamat petang,

banyak benda jadi. disebabkan jerebu aku memang tak pegi mana-mana. aku risau Encik L kerja tempat terbuka. suruh pakai mask. tak tau la beliau ikut ke tidak. bila aku nasihat, selalu cakap aku ni ingatkan beliau perkara remeh. memang udara sekitar Kuala Lumpur adalah tahap tak sihat sampai ke petang ni, masih takde matahari. 

hari sabtu lepas, aku kemas beg tukang milik Encik L. ada banyak benda rupanya tukang ni bawak. yang aku pelik, diorang boleh lump sum kat satu tempat. tak susah ke nak carik lepas tu eh?? 

so disebabkan aku terlebih excited. aku tolong kemas dan capture gambar. yehuuuuhuuuhuuuu. 


Losyen Pelembut Tangan
actually losyen ni aku yang bagi, alah dalam travel pack tu. nak harap Encik L beli sendiri takde dah kot. untuk menjaga hati aku, usung lah ke mana-mana. tapi dalam beg tukang?? errr... betul-betul tak sesuai. haha.

Cermin Mata untuk Welding
cermin mata plastik ni harga dia ada dua; satu lapan ringgit then satu lagi tiga belas ringgit. yang mahal punya korang boleh bengkokkan bingkai die... canggih tu... 

Pemotong dan Penebuk untuk Konkrit dan Besi
ini adalah benda wajib yang tukang mesti ada. kalau tak macam tak lengkap hidup diorang. Driller dan Cutter. Drill jenis elektrik yang senang mobilize ke mana-mana. ada beberapa set yang gabak dari ni yang memang tak muat nak masuk dalam beg tukang. 

Pita Pengukur
semua orang di tapak perlukan ini; tak kira ape jawatan korang. tukang buat kerja or checker. masing-masing perlukan benda alah ni untuk dapatkan panjang lebar sesuatu struktur kan?

Bagai-bagai alat memotong
pelbagai jenis cutter untuk memotong lain-lain material. dari selembek-lembek gergaji sehingga sekeras-keras cutting disk. dari potong wayar sehingga potong besi. boleh semuanya. 

Penyambung
okey. aku asingkan ikut apa kegunaan. yang kat atas ni semua aksesori yang agak penting. ada wayar untuk kabel. ada skru berbagai saiz, ada angle bar untuk hollow steel dan macam-macam cincin untuk macam-macam kegunaan. 

Spanar semua jenis saiz
sebab aku mintak satu tong cat tambahan, Encik L pun nak barang sendiri jugak. satu set spanar bagai-bagai saiz untuk kerja-kerja paip. kalau korang nak tau, dalam beg tu aku jumpa lagi 3 batang spanar dengan saiz 13". kalau aku beli banyak-banyak kali tau pulak marah, die beli takpe... errr.!

ada banyak lagi benda ada. aku malas nak capture semua. ni pun kenang-kenangan masa cat rumah hari tu. hari ni mood aku bukan baik mana. menulis pun tak berapa best. adey-chiau.





p.s : kite perlu bertahan kadang kala.






27 ulasan:

  1. usung losyen tu, pakai ke idak? hehe. dulu masa kecik2, suka amik bilah gergaji tu. main potong2 kayu kecik2. hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pakai pun rasanya...

      sebab pegang masih penuh lagi...

      hehe.

      Padam
  2. haaa tu dia, bag tukang lengkap segala. Beg Cik tukang isi apa yer? Cer tunjuk yg itu pulak ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. beg cik tukang lain entry kite buat ye akak dora...

      Padam
  3. hahahah...laki2 memang susah la nak pakai benda camtu. buat perhiasan je jawabnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu lan...

      sebab die selalu ada tangan terkopek sana sini... terus aku belikan satu...

      Padam
  4. elok je losyen tu duk dalam beg tu yea,
    agaknya bila buka beg tu nampak losyen tu terus encik L ingt Punzel.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye la kot...

      in term of menjaga hati la kirenye...

      haha!

      Padam
  5. terbaik losyen dalam beg tukang..lepas ni gebu la tangan en L guna itu losyen.haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pernah guna pun akak kutu...

      letak sebab nak ckp syarat tak kena marah je...

      Padam
  6. tak tercapai dek akal losyen adsa dalam beg tukang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. emm...

      samela kite, aku pun tak tercapai akal tgk dlm beg tukang ade tu...

      Padam
  7. hehe semua komen pasal losyen tu,tapi macam dikata dalam beg barang tukang ada losyen..hehe...

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. kan..

      kalo takde nanti mengulang alik hardware je la...

      Padam
  9. pergh.. besar bapak gajet3 dalam beg tukang.. uhuhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha kan...

      semua macam penting la...

      belum aku tnjuk welding set yg die bawak ke hulu ke hilir lagi

      :)

      Padam
  10. Kakak cadang masa majlis hantaran kelak bagi aje tool-box yg besar siap ada compartment banyak-banyak buat En L hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...

      pernah nak beli yang box tapi die taknank.

      nak jenis kain...

      senang nak bawak katenye...

      Padam
  11. sekali tengok macam beg tempat simpanan peralatan memancing saya .. 'lump sum semua' .. hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu...

      kalau lump sum barang je takpe lagi...

      kalau lump sum dengan sampah sekali yang tak menahan tu...

      Padam
  12. hari tu aku ngan geng ada buat rak untuk stor kedai member.
    sorang kawan ni, dia mahir bertukang.
    aku pon tkang jugak, tukang tengok je.
    heheh.
    Tukang tukang ni orangnya kreatif.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kreatif ke?

      boleh la untuk rumah sendiri...

      untuk orang lain belum pro lagi...

      Padam
  13. dalam hadbag akak, ada test pen. suka bawa test pen ke mana-mana.. ;) . jadi bila en L letak lotion kat beg kerja tu, bg akak, mungkin perkara biasa gaknya.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. beg kak nanie mgkin kemas takdak sepah2 lump sum satu tmpt...

      ni buruk nampaknya kalau mcm gitu...

      Padam
  14. motif letak dalam beg tukang?.. malas nak pakai losyen n nak jaga hati si pemberi losyen.. hihiii

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.