Pengikut (Blogspot)

Rabu, 19 Jun 2013

kematian yang kabut

hello semua, selamat pagi...

nak review buku hari ni. aku baru beli buku baru tajuk Deadly Mist dari penulis Jerry D.Gray. edisi bahasa melayu punya. bab-bab bahasa sekunder sekolah, aku memang kurang mahir baca buku versi tu. kehkeh. 

usaha Amerika merosakkan kesihatan dunia. memang tajuk dah cukup gempar dah. baca harus dag dig dug hati. muka kena ada sikit kerut. kan?

buku ni sebenarnya menceritakan tentang salah-silah beberapa virus dan kuman penyakit yang berlaku kat dunia ni dan apa tujuan pemimpin-pemimpin Amerika menyebar virus tu ke seluruh dunia. 

misal contoh, virus cacar yang tersebar pada selimut dan kain sapu tangan adalah untuk menghapuskan warga Red Indian yang menaungi kawasan Amerika time tu. kira orang-orang mat salleh ni dengan rasa pandai dan bangga diri; menyebarkan penyakit tu pada puak tersebut. bila rakyat Red Indian makin pupus, dapat lah mereka menguasai Amerika Syarikat. 

adooi. selepas dari berjaya misi dengan menggunakan senjata biologi untuk menakluk kawasan yang mereka idamkan. bunyi memang cukup sial kot. kira kalau nak menang sesuatu perang merebut negara, kepimpinan tentera dari Amerika telah mendokong polisi menggunakan serangan biologi untuk menang dan menghalalkan cara. 

untuk penyakit zaman moden, penulis menceritakan isu penyakit AIDS dan HIV yang bertujuan untuk menghapuskan rakyat Afrika; populasi terbanyak kat dunia. suntikan melalui chemical yang dicipta melalui cantuman dua virus yang sukar diuraikan kepada beberapa orang Afrika adalah medium bagi menyebarkan penyakit ni. 

sama jugak dengan penggunaan flourida dalam ubat gigi sebagai satu bahan menguatkan gigi adalah satu benda yang kontra sebenarnya. flourida adalah sebenarnya merapuhkan gigi dan tulang dan bertujuan untuk mengurangkan populasi penduduk mereka sendiri. usaha pemimpin mereka mengawal populasi negara mereka. nak menulis benda ni pun buat aku rasa hilang logik akal. ada jugak kesan sampingan paling utama menggunakan flourida secara kerap akan membuatkan kita jadi lemah dan patuh kepada arahan orang yang memimpin kita; atau kita jadi sugul, lemah dan tidak bermaya membentuk generasi dungu yang tidak akan bangun menentang pemerintahan yang kejam?

oooi. aku dah cukup emosi dah ni. 

bila fikir-fikir balik. ikut ajaran Islam. apa yang dilarang itu mempunyai hikmah yang besar kan. zina dan dadah adalah dosa yang besar dalam Islam serta bersugi dengan kayu adalah amalan yang menjadi sunnah Rasullah SAW adalah salah satu cara mengelakkan kita terjebak dalam fenomena ini. 

serius aku baru terfikir. mungkin aku sedikit lembab. 

sampai sini dulu cerita. adey-chiau. 


p.s : Islam itu sangat indah





Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.