Pengikut (Blogspot)

Isnin, 10 Jun 2013

isnin toya : kebiasaan untuk rasa tertekan

hello semua, selamat petang...

esok meeting di Zon Utara; structure repair. yang aku tolong buat hari ni adalah permohonan untuk VO dan method of statement.

tadi pagi jumpa Encik L; kewangan yang turun naik buat aku fed up. korang bayangkan lapar-lapar tu pergi bank. bukan nak tanya ke tak, aku ni lapar ke ape. tahu-tahu nak cerita benda-benda duit. aku betul-betul lah angin. tapi entah sebab kenapa hari ni aku kuntum sangat. terus aku nanges. adooi.

Borang panas, Amek pagi tadi.

kursus kahwin kan kami terkedek-kedek nak carik. tu pun Encik L amek borang kat Pejabat Agama Kuala Selangor. esok nak hantar dan bayar. mintak-mintak ada kekosongan dalam masa yang terdekat ni.

borang nikah pulak kena isi online. siap bagi brochure prosedur dalam website untuk aku tilik satu-satu.

penat. sebab ada dua tiga empat benda berserabut dalam otak ni. ketagihan kepada Redbull dan Nescefe 3 in 1 kembali.

contracting - consulting - kerja tepi - kahwin.... aaaarrrggghhhh mana satu nak fokus dulu ni!!!!

okey. merapu. adey-chiau.




p.s : kepala aku, yang tempat berjahit tu... dah mula denyut-denyut. sah! aku tension. kehkeh....


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.