Pengikut (Blogspot)

Khamis, 6 Jun 2013

emosi sungguh aku : kisah cinta

hello semua, selamat pagi...

khamis already. hari ni macam ada interview, pre-qualification. tapi tak payah la nak cerita pasal tu. kite cerita pasal drama cinta. aku selalu lah layan drama cinta, al-maklum perempuan. 

okey. setiap hari selasa akan ada slot Samarinda. kali ni tajuk drama ialah Kisah Cinta. tajuk memang simple dan senang nak ingat. suka dengan penulis skrip kepada drama ni, benda simple digarap menjadi sarat dan penuh persoalan. 


cerita berkenaan dengan dua insan yang bertemu; Azalea dan Shah dalam satu kemalangan. kemalangan tu melibatkan ibu kepada Shah dan ayah kepada Lea yang menyebabkan keduanya meninggal dunia. 

ibu bapa mereka berdua ni adalah kawan lama; atau mungkin cinta lama. sebab nak mengetahui masa silam ibu bapa mereka, mereka jadi rapat. cari rumah makcik sana makcik sini. untuk dig out cerita lama itu. 

biasa lah kan, kalau mak ayah kite ada history yang mereka tak pernah cerita pun kite excited terlebih nak tahu kan?

Shah dah ada tunang, nama Juli. kurang senang dengan perhubungan yang baru tercipta tu. eh, bengang kot tunang rapat dengan perempuan lain. dan disebabkan rasa rendah diri dan kecewa dengan sifat tunang, Juli mengambil pil khayal dan duduk di dunia sendiri. tambah lagi party di malam hari untuk menghilangkan kekecewaan. siape yang harus dipersalahkan eh?

Shah masih buntu dengan perasaan beliau kepada Lea. hati manusia. bila dengan Juli dah mula rasa stress dan penat. Lea pulak macam memberi ruang keserasian bersama. adoooi, saratnye cerita ni. 

Lea, mula menolak Huzir. cinta yang tak macam cinta lah. kire Lea ni agak memilih dalam cinta. persoalan menjurus kepada berhati-hati dalam memilih cinta. bukan senang nak bagi hati kat orang lain, sarat dengan ego. tapi dalam diam-diam simpan perasaan kat Shah, walau tahu benda tu salah. itu cinta kan? takde yang betul dan takde yang salah. 

tu lah, sampai minggu ni punya cerita. aku suspense. seriously. aku masih tertanya-tanya banyak benda. adakah kehidupan atau manusia tu sendiri kejam?

jawapan nya, kita hanya merancang dan Allah SWT adalah sebaik-baik pengatur rancangan. adey-chiau.



p.s: panjang pulak cerita ni.... haha!







17 ulasan:

  1. tak suka sikap mama ngan abg lea, nak yang setaraf je. hello, dunia sekarang masih macamtu ke? euuuwwwww..

    BalasPadam
    Balasan
    1. huahua...

      ko pun dah start emosi cm aku

      :)

      Padam
  2. semalam aku 'ter'tengok cerita ni hmmmmmm macam bosan je weh huahuahua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu...

      syok la Volvo...

      byk mesej nak sampaikan tau

      :)

      Padam
  3. Kakak rasa kakak ada tengok minggu lepas cerita ini tapi itulah malasnya dia bersambung-sambung, kakak kalau hari sekolah tak tonton jadi malaslah nak layan..

    Fazura tu cantik kakak suka dia berlakon:)

    BalasPadam
  4. sy tak sempat pulak nak layan drama2 cinta....busy pulak dgn kelas sekolah tua...muahahaa

    BalasPadam
  5. manusia yang tersilap letak harapan
    tu yang buat masalah dalam cinta tu
    hehe

    BalasPadam
  6. akak terrtengok juga episod mlm tu.

    BalasPadam
  7. aku ingatkan entri ni salah satu siri telenovela td. ahakz...

    BalasPadam
  8. cam best jer jalan cerita nihh.. nanti abis exam, layan citer nih lah plk.. hehe.. btw, lama dh x nmpak Fazura blakon kan.. sejak nampak sam berlakon dlm dua kalimah tu, x minat dh kt dia.. :(

    BalasPadam
  9. aku tak follow citer ni, aku follow Teduhan Kasih tu jer...heheh...

    BalasPadam
  10. tak tengok cerita ni. channel mana...?minat jugak si pelakon lelaki yang cute itu...hehe

    BalasPadam
  11. tak tgok crita ni tp entri ni digarap dengan baik...menarik pulak ceritanya tp takde masa nk tgok..lgpun selasa en suami cuti.tv beliau qonquer dengan cerita tamil.aptb.haha

    BalasPadam
  12. saya pun layan cite ni
    x pernah tinggal g
    x sabar bak tunggu episod minggu depan
    d i slot lestary tv3
    jemput meriahkab blog saya ye
    umielman.blogspot.com

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.