Pengikut (Blogspot)

Isnin, 10 Jun 2013

checklist nombor satu

hello semua, selamat malam....

tak sedar Ahad dah melabuhkan tirai. hari ni aku balik rumah Mak kat Bangi sebab nak teman beli langsir untuk raya. jadi jugak sekali harung langsir rumah bila majlis aku nanti.

sampai rumah aku tido. yelah, aku tak biasa duduk-duduk santai kat rumah. dapat peluang memang aku bantai tido je. pegi beli langsir dekat nak pukul 0300 petang. sedar-sedar dalam Nagoya yang direct mak tempah langsir kat sana. okey harganya. bagi aku nak murah tahap macam mana lagi kan? 

Encik L nampak macam dah semangat sikit nak bincang hal kahwin. walaupun time bincang memang tengah tido-tido ayam. aku tahu beliau dengar ape aku nak cakap. 

mungkin minggu ni dah minggu depan aku dah mula nak warm up cerita pasal kahwin. atau mungkin tak. korang tunggu je lah nanti. 

untuk hantaran, aku memang takde nak beria. kami ni golongan tukang yang sederhana. aku rasa baik aku bersederhana dalam berbelanja. barang semua dah naik harga. jadi pilih ikut keperluan dan kemahuan. 

untuk bilangan dulang aku cadang nak buat tujuh balas sembilan. tu pun kalau takde tambah-tambah dari pihak Encik L. setakat hari ni aku state dengan:

Encik L kepada Punzel:
1. Tepak Sirih
2. Gelang Tangan + Jam Tangan
3. Kain pasang
4. Minyak Wangi + Pencuci Muka
5. Duit hantaran
6. Kasut + Beg Tangan
7. Makanan / Kek 

Punzel kepada Encik L:
1. Sirih Junjung
2. Cincin Silver + Jam Tangan
3. Kemeja + Seluar
4. Minyak Wangi + Pencuci Muka
5. Kasut 
6. Buku Agama (Ganti Al-Quran)
7. Beg + Tali Pinggang + Dompet
8. Kurma + Kekacang
9. Gula-gula + Coklat

kenapa aku tulis benda alah ni kat sini.... checklist aku hilang.... hahahahaha!

nak tanya Encik L takut kena bebel. ni ape yang aku rasa lah. esok lusa bertukar balik sana sini. adey-chiau. 


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.