Pengikut (Blogspot)

Khamis, 30 Mei 2013

Technical Know How or Technical Know Who

hello semua, selamat malam...

berdasarkan tajuk di atas, aku harap korang semua faham ini berkaitan dengan kerja. semalam adalah hari aku setengah hari bersama dengan Ncik Bos Botak. beliau telah berkali-kali buat aku kagum. dan aku belajar dari hari ke hari. dan aku semakin bersemangat.

semalam aku ada presentation untuk kerja kecik untuk Ncik Bos Botak. tapi rupanya beliau aim lebih dari itu. aku pun sebagai pekerja menyediakan slide show berkenaan dengan tajuk tersebut dengan sampai tak tido malam. hasilnya memang 60% memuaskan; hanya aku memang lemah bab-bab mengolah tajuk tender tu. mungkin banyak lagi yang aku perlu belajar.

bangun agak awal. 0800 pagi dah bergerak ke lokasi presentation yang mengambil masa 45 minit untuk sampai. kami sampai awal satu jam. memang peluang yang disediakan oleh Ncik Bos Botak meninjau kawasan. apa yang rosaknya dan apa yang retaknya. ye, ini kerja kegemaran Ncik Bos Botak; baikpulih kerosakan struktur bangunan. 

sebabnya dalam sebut harga dicadangkan untuk menggunakan teknologi zaman kini dan bukan teknologi 20 tahun lepas, Ncik Bos Botak agak belajar sesuatu. nampak gila bersemangat beliau untuk masuk dan melihat kerosakan satu demi satu. walau aku nampak muka mengantok tu. 

lepas dari lawat tapak, beliau cakap beliau perlu buat skrip nak present. siap pesan, setiap kali nak present kena ada skrip die. barulah lancar. brain storm dengan aku dekat setengah jam. terang serba sedikit berkenaan dengan CFRP. siap telefon Ncik Yeppul yang pernah buat thesis berkenaan itu. 

kami masuk ke bilik mesyuarat dan mulakan perbentangan. bercakap tentang beberapa pengalaman beliau pasal projek baikpulih struktur bangunan dengan semua teknologi yang ada. chairman yang dah kenal beliau sesejak beliau umur 20 tahun pun agak impress. siap cakap beliau dah berjaya; dulu jual protective coating je. sekarang dah buat kontraktor kelas A dan bukak syarikat rundingan. beliau tersenyum. ya, beliau cakap dah lama dah rupanya dalam bidang ni. time flies...

keluar dengan rasa berjaya, beliau membawa aku ke zaman syarikat kelas F beliau dibeli. susahnya nak naikkan sesuatu syarikat kan? banyak perkara yang dikongsi. 

cuma satu benda yang aku nak kongsi kat sini. jika rakan-rakan aku dan pekerja lain terfikir-fikir macam mana Ncik Bos Botak dapat Ir dengan perangai yang nampak macam lucu-lucu macam tu kan. semalam aku  nampak depan mata sendiri, he deserve it.

beliau nampak passion dan beliau ada ilmu. namun, bila dah 20 tahun dalam industri ni beliau hanya pesan satu je. Malaysia ni hanya ada Technical Know Who dan bukan Technical Know How.

aku masih berfikir-fikir sebab aku dikelaskan beliau sebagai Technical Know How. 

terima kasih atas pelajaran tu. ya aku masih muda dan aku terus belajar. adey-chiau...



p.s : rindu Encik L yang sibuk tu :(




Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.