Pengikut (Blogspot)

Khamis, 23 Mei 2013

sembunyi

hello semua, selamat pagi...

hari ni aku bangun lambat. semalam aku pergi berurut dekat Selayang Mall. Encik L yang bawak; terima kasih la sebab selama ni memang aku selalu menyusahkan pun. tukang urut pun guna losyen bunga-bunga matahari untuk urut aku. 

sementara aku menunggu Adik Atikah siap-siapkan drawing; sebab aku dah jadi malas nak buat semua benda alah tu. elok aku tulis blog. elok ke? haha!

Sembunyi Amukan Azazil

cerita ni dah empat kali tengok kat hostel. mula-mula pagi Ahad yang bosan Cik Shida, Kak Hawa dan aku layan sungguh-sungguh waktu makan meggi untuk sarapan. 

nak kena cerita sinopsis ke? bagi aku cerita ni okey la jugak. orang yang terperangkap dalam dunia bunian. cerita pasal waktu bunian tak sama dengan waktu dunia dan mendokong plot macam mana si Aisyah dapat keluar daripada alam tersebut. bagi aku 5 per 10.

aku tak tahu macam mana promosi filem ni kat luar. sebab asal ada je orang sampai rumah aku, sebut pasal cerita Sembunyi. semua pakat nak tengok. haha!

sebagai ahli rumah, dah empat kali aku tengok. dah naik hafal skrip dia. hahahaha!

tu je cerita yang takde la berapa nak kelakar. aku pun saje je nak menulis. kosong pulak blog ni nanti. 

adey-chiau. 


p.s : takde la sampai menyesal tengok. okey-okey aje.




Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.