Pengikut (Blogspot)

Isnin, 6 Mei 2013

penat badan

hello semua, selamat petang...

hari ni aku mengada-ngada cuti. pejabat aku sedang sibuk dengan siri court case terbesar Ncik Bos Botak dan kekecewaan beliau gagal takluk Selangor. kuikuikui.

aku dah habis jalankan tanggungjawab dah tak fikir apa dah. aku cuma pening hari ni. aku dah collapse sebab semalam ulang alik Bangi - Ijok - Bangi - Selayang. penat memang tak hilang lagi. nampak macam dekat kan.

atok masuk ward lagi. kali ni kat IPR. atok memang dah tak boleh elok dari mengah; sebab paru-paru memang dah tak boleh nak mengambil sebanyak-banyak oksigen dari udara. memang asthma yang kritikal.  elok jugak duduk dalam ward. sekurang-kurang tak terdedah dengan asap dan bagai-bagai di perkampungan aku yang jenis setinggan. 

tu je update hari ni. adey-chiau.





p.s : harap kali ni benar-benar berjaya.





Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.