Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 25 Mei 2013

mo-ment-o ; an object kept as reminder

hello semua, selamat pagi...

semalam Hari Wesak. satu lagi hari yang sia-sia buat aku; takde benda pun yang aku buat untuk diri sendiri. huahua. tapi takpe, bukan rezeki aku untuk semua benda tu.

masa berlalu dan makin berlalu. mungkin ini senarai kerja terakhir untuk siapkan rumah ayah aku. semalam aku cuba cari cat di hardware Selayang Jaya tapi jenama Nippon; seperti jenama asal guna kat rumah tu takda. nanti tak match pun susah jugak.

cerita pasal cat kan. aku minat kat satu style baru dari Nippon. baru tak baru ada dalam setahun lebih-lebih jugak publish kat Malaysia. cat orang seni. seni la sangat. branding atas nama Momento.

sapa-sapa yang tak pernah tengok iklan kat televisyen, boleh intai-intai video bawah ni; kalau ada masa satu lagi...


dengan empat langkah mudah, terciptalah hasil seni yang berkilau dan bersinar. semua orang maklum yang cat ni agak lawa kalau dijadikan future wall untuk sesuatu ruang. kalau dulu-dulu kita main cat warna kontra atau wallpaper bagai-bagai corak untuk warnakan ruang; sekarang kite main cat kilat-kilat pulak. 

betul. semuanya adalah trending mengikut zaman semata-mata. 

Nippon Momento ada empat style. sebabkan aku tak boleh tido, marilah aku terangkan satu-satu. kihkih.

Kilauan Perak
cuba kawan-kawan lihat cermin di belakang meja makan itu. warnanya coklat kan. tapi ada kilauan perak di situ. primer untuk cat tu memang didatangkan dengan warna perak atau campuran warna yang menjadikan kesan kilauan perak bila dicampur keduanya. jadi apa-apa warna macam hijau, biru, oren yang dicincai-cincaikan di atas primer akan menghasilkan kilauan perak. 

gaya yang sesuai dipadankan dengan tema moden, minimalis, individual dan urban. seseorang yang gemarkan suasana bersendiri dan ringkas.

Kilauan Emas
warna primer untuk style ini adalah emas. gambar atas tu dipadankan dengan warna seni hijau pucuk pisang. sama macam Sparkle Silver, style ni menampakkan warna emas sebagai kilauan memenuhi ruang.

gaya santai untuk golongan yang sukakan suasana klasik, mewah, sarat, ringkas dengan kesenian dan pencinta warna-warna garang atau block color. macam siapa? macam aku.... hihi!

Kilauan Mutiara
primer warna putih susu atau putih mutiara. ini adalah warna yang memberi kilauan mutiara bagi style Sparkle Pearl; seperti dalam gambar cat alas warna kuning serta warna-warna yang digabungkan untuk menjadikan satu kilauan mutiara pada ruang dinding tersebut

seseorang yang mementingkan gaya sederhana, kontemporari, berjiwa ramah dan bekeluarga. kira warna-warna suci gadis yang sopan. sopan? haha!

Elegen
bagi satu warna kontra yang digabungkan menjadi satu suasana yang elegen. walaupun tiada kilauan dan membentuk satu ruang dinding yang 'kabut'. maksud aku kusam. tapi mendatangkan mood dan perasaan yang tersendiri. 

bagi aku elegen sesuai digayakan oleh orang yang kuat bekerja atau di pejabat. menaikkan satu semangat elegen dalam suasana tersebut iaitu profesional. 


tu je la pendapat aku yang carca marba. macam sewel pun ada. cuma kekaguman aku ialah, mereka mengkaji sebelum mengeluarkan produk. ya, mereka pakar warna. adey-chiau.


p.s : proses memujuk Encik L untuk cat ini. haha!








Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.