Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 10 Mei 2013

losyen lawas

hello semua, selamat petang...

jumaat sudah sampai. aku duduk pejabat untuk siapkan surat apa benda ntah. tapi aku tak nak olah benda alah tu lebih-lebih pun. 

aku kan perempuan. suka sangat beli barang-barang mandi, pencuci muka, make-up dan bla bla yang pasal kesihatan dan kecantikan diri. tapi aku bukan lah cantik pun. bila kena dengan Encik L, beliau agak panggil aku maintenance tinggi. tinggi ke? orang lain lagi beria dari aku kot. 

untuk menyekat belanja bulanan yang aku sendiri rasa ada benda yang munasabah, aku pun berjumpa dengan tempat barangan mandian yang tengah sale; entrance Brem Mall kat Kepong. Guardian buat jualan penghabisan stok. 

menarik jugak sebab lotion bau sunflower yang wangi amat tu harga dia RM 11.00 je untuk botol lotion yang selalu harganya RM20.00 ++. lagi, ada barangan mandi yang harga RM10.00 ke bawah serta wet tissue yang murah-murah. tapi tak banyak barang yang ada pun. tapi okey lah; memenuhi kehendak mandian aku bulan ni. 

Skinneeds - Lotion untuk kurus. Kot??
benda ni memang dah lama ada kat pasaran. benda alah ni adalah lotion untuk mengurangkan selulit dan membentuk semula bahagian-bahagian badan yang sesuai kalau nak pakai bengkung dan sekian-sekian pakaian dalam untuk membentuk semula lemak yang sudah terkumpul dalam badan. haha! macam susah pulak nak faham ayat aku kan. 

dulu memang aku tak perlukan benda alah ni. orang pakai aku buat tak tahu je. tapi sekarang aku dah gemuk jadi aku rasa aku perlu pakai. masa sale ni harga dia RM6.00 je satu botol. bagi aku murah. tak tau la kalo orang lain panggil benda ni mahal.

okeylah. dah seminggu layan benda alah ni, sistem lawas aku makin baik. asal makan je aku akan buang balik. 

cuma kurus nye je belum. kihkih. 

okey. saje cerita benda murah-murah. sape yang minat nak beli barang murah boleh la singgah Brem Mall ye. adey-chiau.


p.s : jangan lupa tengok expired date barang sebelum membeli....




Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.