Pengikut (Blogspot)

Rabu, 8 Mei 2013

kerja rajin-rajin kena tempatnya

hello semua. selamat petang...

hidup itu ada nama pengalaman. sebab dari pengalaman yang ada; aku masih kekal kerja kat sini. kebelakangan ni lepas Encik L ada sedikit guris hati kat site Trolak; aku pun jadi down. tapi tu lah turun naik kerja kan. 

semalam bila mula dengan gaduh biasa. lepas tu maki. lepas tu ugut nak putus. lepas tu off handphone. lepas tu Encik L gelabah terus cerita dengan aman damai. setiap hari adalah hari untuk bekerja. tapi orang yang berjaya semua kerja macam biasa kan? pergi pagi dan balik petang. 

malam adalah waktu rehatkan otak dan bersantai-santai. aku dengan Encik L akan mula amalkan benda alah tu mula dari hari ni. semenjak setahun lepas, macam-macam kitorang buat untuk dapatkan kerja. tak tidur malam, bincang dalam telefon sepanjang masa dan tertidur kat pejabat. semua usaha tu belum nampak hasil dan memang sia-sia belaka. 

jadi; mulai hari ni. kami tutup cerita pejabat kami jam 0700 malam. baik lah selepas waktu itu aku romantik-romantik dengan beliau; dari bercerita hal kerja yang bila kau dah sungguh-sungguh akhirnya kau kena getah. hahaha. bunyi hakikat memang sadis selalu. 

apa jua terjadi; aku masih akan teruskan hidup tau. okey, mari kerja rajin-rajin. adey-chiau.


p.s : bila sesuatu benda kau buat tiada erti; boring jadinya.


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.