Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 4 Mei 2013

jom kita...

hello semua, selamat pagi...

kebanyakan orang pejabat cuti. ini sebab hari mengundi. aku bekerja hari ni. entahlah. bukan kerja pejabat aje aku kena selesaikan. kerja-kerja masuk harga upah kerja untuk Encik L sekali. 

pagi ni tak macam pagi-pagi lain. aku bangun awal. terus turun pejabat. ada perkara yang aku rasa banyak aku kena selesaikan hari ni.

mengundi esok? aku akan turun kat tempat yang aku sepatutnya kan. undi rahsia? entah; untuk aku dengan perjalanan yang aku lalui ni. baiklah aku pilih untuk jadi rahsia.

aku hidup di kalangan yang menyokong kerajaan. kebanyakan punca rezeki aku memang daripada susur galur parti tu jugak. bukan senang nak cari kerja walau kita bertepek bawah siapa sekali pun. 

disebabkan aku hidup dengan dunia sekarang ni; kebanyakan anak muda memilih untuk jadi atas pagar. memilih calon berdasarkan sebab-sebab yang tertentu dan bukan sebab lambang parti. kebanyakannya lah. jadi pembangkang dan kerajaan boleh jadi sama kuat dan sama berdiri. siapa yang pandai berpolitik; pasti akan mendapat tempat. 

politik tu satu seni bagi aku. sesiapa yang pandai politik semestinya ialah seorang yang pandai cakap dan pandai menerbitkan satu sentimen yang dikenang sampai bila-bila. macam nenek aku; sampai sekarang menyokong parti kerajaan. semua stok zaman Tun Abdul Razak yang membebaskan negara dari ancaman komunis, mencipta kedamaian Malaysia dan memberi banyak bantuan serta faedah kepada orang Melayu. sentimen tu masih kuat dalam diri seorang yang berusia 60 tahun. hebat tak hebat penangan Tun Abdul Razak untuk parti yang sampai hari ni berbekas; 25 tahun lepas punya cerita tu. pemerintahan yang berakhir dengan kematian; tiada siapa boleh kompromi dengan sesiapa ye tak?

tu kesimpulan selepas aku berbincang panjang semalam. 

zaman sekarang dah berubah. air bah pun dah berubah arah. kebanyakan ahli politik memainkan 'sentimen seni' yang kita tak nampak. mana pulak wujud keikhlasan kat situ. kita semua akan jadi keliru. 

undilah sesiapa yang anda rasa memberi faedah kepada semua sektor di tempat anda okey. sama jugak macam aku. selamat mengundi. adey-chiau. 


p.s : sah-sah aku memang tak berapa layak cakap pasal politik. hehe




Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.