Pengikut (Blogspot)

Ahad, 19 Mei 2013

bingkisan 2

hello semua, selamat malam...

bosan jugak ahad ni. bangun pagi makan meggi. meggi ayam pedas. lepas tu buatlah kengkonon terapi muka. pakai masker arang. lepas tu buat sauna yang Cik Hawa pasangkan. lepas tu makan nasik Kak Hawa masak. lepas tu boring dah. betapa pendeknya karangan macam mana hari berlansung hari ni.

lepas tu dah habis borak dengan Ncik Lizam yang bekerja pada hari Ahad, aku hilang arah dan mati kutu nak buat apa. 

amek make up kit. tengok apa foundation yang ada, amek lipstick yang baru beli minggu lepas dan amek eye shadow tiga empat warna dan siap! memang budget diva aku masa ni. kihkih.


Setelah Menempek beberapa Inchi Foundation

lepas tu sarung tudung warna putih. yang aku padankan dengan baju nikah yang aku belum hantar jahit lagi pun. lepas tu aku tepekkan veil atas kepala. lepas tu mula lah aku rasa feeling Hindustan mari. 

capture beberapa keping gambar. kerja perempuan kan? untuk kenang-kenangan diri sendiri dan untuk tatapan Chuu; semalam komen tanya mana veil aku.

sebenarnya aku tunggu Encik L ni, ada benda nak bincang lah. adey-chiau.



p.s : kadang-kadang lebih baik diam dan berpura-pura cool dari bergaduh sakan. habuk apa tak dapat...






Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.