Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Isnin, Mei 27

berniaga juga ada seni macam lukisan

hello semua, selamat petang...

hari ni aku belajar pasal perniagaan. bagaimana seni business yang berlansung pagi tadi betul-betul mengajar aku satu benda. di mana ia satu keikhlasan. di mana ia satu persahabatan. 

ini berkenaan dengan cerita tarik tali di antara Ncik Bos Botak dengan satu supplier untuk projek Penang. ia bermula dengan beberapa salah faham untuk projek Miri yang lepas. hampir enam tujuh bulan bercerita berkenaan dengan contrast barang, jual mesin dan bagai-bagai. ia menemu jalan buntu. walau bagai-bagai surat dan perbincangan telah dilakukan. 

hari ni adalah titik akhir. kat mana keputusan harus dibuat. Ncik Bos Botak bertindak dalam masa kekuatan yang sebenar. kagum giler kot aku dengan beliau. macam mana beliau ada strategi untuk berbincang dengan dua supplier dalam masa selang satu jam dan mereka bertemu. pesaing bertemu di satu tempat. aku cuba delay kan. aku cuba call sana-sini. dan engaged dan akhirnya...

bertemu di Teamcoat; keadaan yang sangat sedih sebenarnya. tapi nak buat macam mana. masa Ncik Bos Botak susah, korang tekan macam nak mati. kesian pulak aku tengok orang tua tu.

business ni macam drama bagi aku. watak protagonist dan antagonist bertukar dari hari ke hari dengan diri atau orang yang sama. kadang kau kena jadi baik, kadang jugak kau kena jadi kejam ; tiada belas kasihan. sebenarnya kau mesti bijak memanipulasi keadaan; seperti Ncik Bos Botak.   

ikutkan pemerhatian aku hari ni ialah hargai peluang yang ada. tak semesti setiap hari kita ada kuasa. kadang kala kite pun tersungkur kat bawah.

be honest; today is your day boss. congratulation.




p.s : 'i am stupid Malay contractor you know, i am begging you.....' ini adalah ayat keramat Ncik Bos Botak yang akan aku cuba ingat sampai bila-bila. sebab ia sangat cool. haha!






18 ulasan:

  1. Assalam Tuan Rumah,

    Kakmah menyinggoh,
    Sallam perkenalan..

    BalasPadam
  2. Memang susah jadi contractor nie. Banyak pressure

    BalasPadam
  3. byk tekanan tp lau pndai handle insyaALLAH ok kan ..

    BalasPadam
  4. setuju dengan bab protagonis dan antagonis itu. memang ada benarnya...ada hari jadi kejam, ada hari lebih bersifat belas.. susah nak kata dalam perniagaan ni..terlalu banyak kemungkinan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan...

      kalau baik sangat kena pijak...

      kalau jahat sangat bisnes melepas...

      adeyh...

      Padam
  5. sebenarnya.....aku tgh belajar pasal real bisnes ni...nak bukak kedai little cafe ahahahah aminnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti dah bukak cafe boleh la aku singgah

      :)

      Padam
  6. Balasan
    1. drama samarinda memang kena pakai projek juta-juta billion...

      Padam
  7. drama pun di ambil dari realiti kehidupan.. sebab kehidupan seharian kita memang macam tu. kena berubah watak mengikut suasana,keadaan & situasi

    BalasPadam
  8. nama pun bisnes.klu tak pandai nak berseni,bisnes tak jalan..syabas en boss.hakhak

    BalasPadam
  9. tahniah kerana dapat belajar seni berniaga dari orang lama
    satu pelajaran yang tak pernah diajar di sekolah

    BalasPadam
  10. itu la namanya hidup hmm jadi contractor ni bukan senang tau HEHEHE

    BalasPadam
  11. hohoho.. harap tabah lah ye...

    BalasPadam
  12. bukan senang berbisnes ni...huhu...

    BalasPadam
  13. walaupun bisnes dah maju, tapi tak segan mengatakan dirinya bodoh. phew.. memang sangat tahniah. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu..

      bg aku die nak psiko org tu je...

      one more thing,

      hidup kontraktor, jalan kena menunduk... macam resam padi...

      :)

      Padam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.