Pengikut (Blogspot)

Rabu, 22 Mei 2013

11 things about me

hello semua, selamat tengah hari...

mengantok. jadi, aku baca blog Adik ReenApple; beliau cakap beliau tag semua orang. aku ni bukan lah seorang yang reti malu jadi aku pun nak jawab soalan dari beliau. kihkih. tak salah kot?


11 soalan yang ReenApple tanya kat semua orang. ape pulak jawapan aku? aiyyooh~!

1. dalam banyak-banyak waktu, waktu apa yang paling disukai?
waktu yang disukai adalah waktu bercinta seawal tiga bulan yang dulu. haha! begitu caring Encik L sama aku. sekarang ni, adooi; jangan haraplah

2. kalau ada mesin masa, zaman mana korang nak kembali dan ubah?
doremon. kalau boleh kembali ke masa kecik dan jadikan aku macam snow white? hahaha!

3. kalau sedih, apa korang buat?
aku nangis. kalau benda yang aku sedih tu bukan sebab aku gaduh dengan Encik L aku akan mengadu kat beliau la. tapi kalau sedih sebab beliau elok aku tido dari ledakkan kemarahan dan mencerita benda tak baik pada orang lain.

4. kenapa buat blog?
dulu aku boring, sunyi zaman belajar. aku buat blog untuk isi kekosongan hati yang ada. tapi alrite jugak sebab sampai sekarang aku rasa makin teruja nak menulis. makin ramai kawan itu satu macam diari kehidupan untuk generasi aku yang akan datang. insya-Allah.

5. lagu kegemaran di saat ini?
just give me a reason - pink. cerita untuk tidak sesuka hati memutuskan hubungan.

6. warna yang paling tidak disukai?
pink. aku bukan gadis pink. hahaha.

7. pernah kena buli tak?
dunia pembinaan dan pekerjaan penuh dengan orang membuli dan dibuli. pandai-pandai nak survive je kot. haha! bagi aku semua ni biasa. be survival okey....

8. ciri-ciri lelaki idaman korang? eeeh
lelaki idaman aku ialah seorang lelaki yang boleh menjadi kawan baik aku. Encik L dah cukup menepati ciri dah. lalalaa~!

9. kalau ada kawan yang tikam korang dari belakang, apa yang korang akan buat?
tikam dia balik, kalau ada masa la. hahaha!

10. dalam banyak-banyak pengalaman hidup yang dialami, yang mana memberi semangat kepada korang?
pengalaman nak siapkan rumah ayah aku. ada 20 30 masalah dan sampai sekarang Encik L suruh aku bersemangat untuk siapkan rumah tu dan mencari kerja-kerja membuat rumah yang lain. ya, kami bersemangat untuk menjadi kontraktor.

11. kenapa korang jawab soalan aku ni? hahaha.
aku jawab soalan ni sebab aku bosan dan mengantok. konon-konon nak segarkan mata. hahahaha!


mengantok sebab aku sakit belakang sangat-sangat. entah ape kena lately. tidur cukup tapi mengantok memanjang. dah nak habis usia ke ape? adey-chiau.



p.s : tak sabar nak main cat mengecat jumaat ni. yeaaay ~!


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.