Pengikut (Blogspot)

Selasa, 23 April 2013

Prinsip Aku Sayang Kau

hello semua, selamat tengah hari...

pergaduhan yang diselangi ketawa. aku tahu beliau menyembunyi dalam hati yang dalam betapa berat masalah yang beliau hadapi. 

beliau ialah lelaki. lelaki yang selalu punya helah. helah bermaksud perlu berfikir untuk bertindak dan berkata-kata. helah bukan dalam bahasa yang tidak baik.

aku perempuan. yang merasakan perlu ada ruang perbincangan. aku perempuan yang akan melepaskan segala emosi yang ada. aku perempuan yang kasihan, namun sifat ini bukanlah salah satu cara menyelesaikan masalah. 

persefahaman itu kadang kala mencapai meter sifar. makian akan dihambur bila-bila masa. amukan akan diletuskan.

namun berlandaskan satu prinsip; Aku Sayang Kau. segalanya dimaafkan. mana-mana yang kurang kita perlebihkan. mana-mana yang lebih disederhanakan. perhubungan bukan?

berlandaskan prinsip tu jugak, kita berpimpin dengan cekal ke hadapan. walau kita akui kita sudah ada pada jalan buntu dan mati. kita tetap tak lari. 

berlandaskan prinsip tu jugak, masing-masing pasrah. masing-masing berkongsi cara dan cerita berkenaan Tuhan. masing-masing dengan kejahilan masing-masing. namun, masing-masing masih percaya pada Allah SWT; menghidupkan-mematikan; menemukan-memisahkan; rezeki-dugaan. masing-masing mula berfikir tentang masa hadapan; dunia-akhirat dan kewujudan Tuhan. masing-masing sedia untuk sebarang perubahan. 

prinsip itu jugak, kita telah berjalan sejauh sahara merentas kutub. sekejap panas dan sekejap sejuk. ia adalah perjalanan kan?

prinsip Aku Sayang Kau ni akan berteruskan namun pelbagai kegiatan perlu diusaha dan direncanakan sehingga mata aku atau kau tertutup selamanya. pada masa tu, aku hanya doakan antara kita baik-baik dan bertemu semula; impian sejagat manusia bernama syurga. 

maaf. aku memang tengah buntu. adey-chiau.


p.s : mana-mana pun aku pergi, aku tetap perlukan perlindungan kau. dan kau tak pernah lari walau aku hanya ada satu nombor untuk aku mencari kamu. terima kasih


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.