Pengikut (Blogspot)

Rabu, 10 April 2013

korban dua helai seluar

Hello semua, selamat petang...

Boring. Tapi aku teringat satu cerita. Haha! Bulan ni lepas je gaji aku pergi beli seluar jeans. Ada sehelai seluar lama dah koyak dan sehelai elok lagi.

Beli sekali dua; tamak kan? Puncanya ialah bila akak kedai buat promosi yang beli dua harga RM150.

Murahlah. Untuk saiz gajah macam aku. Mau aku tak teruja. Aku pun memborong di kedai itu dua helai seluar yang aku rasa berbaloi-baloi beli.

Bila kau pendek dan kau cuba seluar saiz yang tak kena dengan kependekan kau; maknanya seluar tu sangat labuh. Ia nampak okey la. Serius.

Tapi bila seluar dah berpotong kaki ikut ketinggian kau; seluar tu jadi pelik. Pesak bawah lutut ke buku lali tu lebar. Yelah; ikut sukatan orang tinggi tu baru tahap peha diorang.

Jadi ngam nya badan aku dengan seluar-seluar tu takde. Tindak balas kimia tak terhasil.
Satu malam tu, Encik L datang sini. Aku pakai seluar tu. Baru je masuk kereta dah bergaduh pasal seluar tu tak kena.

Beliau menjerit kat telinga aku. Jangan pakai lagi seluar tu. Mahu tak sentap.

Yang paling sentap bila keluar ayat 'ko dah tak payah pakai seluar jean dah, tggu kurus baru boleh pakai'

Rasa nak bakar je dua seluar tu. Sangat-sangat. Haha! Adey-chiau.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.