Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Khamis, April 4

kedai pancing

hello semua, selamat malam...

malam ni budak-budak semangat kerja lebih masa. ini adalah semangat berpasukan. bila seorang dah hampir menjunam; seorang lagi bersemangat. jadi tenaga akan menjadi neutral semula.


Kedai Pancing Mahal, Kepong
balik dari membayar bill telefon yang telah tertunggak; ini adalah kedai alat memancing. masa dalam kereta Encik L cakap nak pegi Kedai Pancing. dalam imaginasi aku ada ikan. walhal semuanya alat menangkap ikan. tak kesampaian aku nak paw kawan tu. depan kedai ada nama Shimano. mahal tu, batang pancing makan harga tiga rat. tak masuk akal.


Meniliti Ikan Tipu

ni aku tak faham. ikan tipu yang aku lupa nama saintifik ada macam-macam jenis; bergantung macam mana cara korang 'casting'. haha, ungkapan 'casting' dah boleh bagi markah kot kalo borak dengan kaki-kaki pancing kan?

nama kecik anak; lansung tidak menggambarkan berapakah harga sebenar ikan tipu tersebut. yelah tengok depan nampak comel-comel je warna dan rupa paras ikan tipu. tapi bile telek belakang harga, Allah... pk lima enam kali nak beli.

aku pulak boleh nak tunjuk pandai memberi pandangan dalam membeli ikan jenis tipu ni. dengan ayat seperti 'alah bang, amek la yang ni satu, tu satu semua-semua satu habis cerita boleh balik'

damn. mana aku tau harga benda alah tu mahal. kaki-kaki pancing tegar yang lain tersenyum hampir terkekeh mendengar idea aku yang sampah itu. hahaha.


Jenis Casting di Laut
dalam banyak-banyak ikan tipu, aku minat warna ni. macam stail je ikan merah. masak sup makan panas-panas pun sedap. kikiki. setelah meneliti sambil dibebel oleh Encik L dengan penerangan yang boleh buat buku baru aku tau ikan tipu ini hanya sesuai di laut. berat pun berat juga.


Meneliti Joran
dalam banyak-banyak joran jenama mahal; Encik L pasrah untuk beli joran dalam bakul tu je. joran harga bawah seratus. jadilah kalau takat nak mancing kat Kolam kawasan Pasar Borong Selayang nak beli jenama Abu Gardia la, Berkly la, Shimano la. kirim salam aku nak bagi. mahal oouh. tiga ratus kalau takde dalam poket; usah ler berangan. 


Mencuba Joran Baru

yang ni sebenarnya toleransi aku makin berkurang. meneman beliau memancing makan dua jam jugak. sampai tertidur-tidur dalam kereta. nak cuba rentak joran baru lah tu. aku yang bila dah maghrib buat muka toya akhirnya diperkenankan untuk cuci rambut dan gunting di kedai mahal. yeay ~!

betul orang cakap, cinta tak perlu sebab untuk kita suka pada seseorang tapi perhubungan perlukan lebih dari tu; memerlukan kita cipta sebab kenapa kita perlu bersama-sama sampai mati. 

tu je lah. teringat entri H dan pakar cinta Bundle. nak sambung kerja. adey-chiau. 




35 ulasan:

  1. hahaha...bru bace komen jiwang ko kt n3 H td...

    p/s : nape ko tgu dlm kete je, tak g lpak sblh L tu??

    BalasPadam
    Balasan
    1. malas aku...

      aku kepenatan ot; ajak aku pegi mancing memang tak dan la...

      Padam
  2. dulu aku tiap2 hari datang kedai ni..masa tu ade awek indon sorang ni keje aku nak usyar..serius tiptop cantik..muka dah stok pelakon2 indon yang mix beb..langsung takde rupa bibik yang keje kat sini..indon gred A tu..dressing dia pon cun..tapi kejap je dia keje..pastu hilang mana tah..aku baru nak ajak dia keluar..

    dr love bundle..ekekekekkeke....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko pun penah pegi kedai ni?

      satu kedai ni je ke yang best?

      hahahaha. ikut prestasi ko memang tak dapat la bundle...

      takpe la sesekali aku bg gelaran liya dekat ko...

      untung-untung die sentap, boleh die update entri baru...

      yeeaaayyy ~!

      Padam
  3. ni kedai kat jalan kepong ke?
    haha..teringat masa nak mencandat sotong haritu. arwah abah bawa ke kedai pancing cari umpan dan mata kail khas utk sotong. sampai kat alat memancing tu, sorg pembantu kedai tu beria-ia 'goreng' arwah abah yg expert tu. arwah abah layankan je, la..tapi memang kelakarlah bila abah buat2 taktau dan tanya masatu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah kedai ni dkt kepong...

      Area JJ kepong mcm ti la...

      Huhuhu. Memang lain org lain skill kan.

      Mancing tk boleh diajar...

      Padam
  4. xpernh lg nak berpncing..tp suka tgk ikan2 tipu tu..warna warni lak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Emmm aku suka tengok yg sama kaler dgn ikan betul...

      Ikan pun boleh tertipu...

      Padam
  5. kalo dapat ikan ok gak ... kalo tak tak dapat tu .... yang hangin nak meneman tuuu ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Angin jgak la tkde dpt sekor pun... Haha

      Padam
  6. Kaki pancing biasa orgnya sabar tapi tak tahulah en L yg Mas dampingi ini macamana. Kalau tak sabar mana mungkin sanggup 2-3 jam tunggu joran dipagut ikan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar menunggu memang sabar...

      Tp bnd lain pulak la baran die kan... Degil dan susah nak terima pndpt org lain...

      Tu je ler...

      Padam
  7. aku melahirkan rasa kagum tak terhingga disini sbb ko rajin g tangkap gambar masa kt kedai mancing untuk dimasukkan dalm blog hehehe...anyway aku pun suka mancing ikan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kagum....?

      Sedarlah bahawa aku sedang boring...

      Haha.

      Padam
  8. aku tak boleh memancing, teman memancing pun tak boleh, aku cepat tension...hahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.

      Menunggu memang satu penyiksaan!

      Padam
  9. tekunnya dia. kalau minat..apa pun boleh kan...

    BalasPadam
  10. tak minat memancing...
    Dah cuba berkali-kali..tiap kali pergi mesti menguap..heheheh

    BalasPadam
  11. tak pernah pegi memancing dah tak pernah tertarik pun nak memancing. muahahahaha

    BalasPadam
  12. sedikit pembetulan: Abu Garcia bukan Abu Gardia. Berkley bukan Berkly.

    hahaha .. itu baru 2 jam tunggu, kalau uncle pergi mancing mahu 3 hari dua malam baru teringat nak balik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha...

      Salah nama ke???

      Saya bdk baru belajar...

      Padam
  13. wak dulu penah keje kilang pancing Shimano tuuu.., tapi wak X minat memancing jugakks.,ahHKs

    untungla dpt rebond kedai mahal tuuu.. ehHHe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo wak keje situ???

      Boley la dpt free.....

      Yeay...

      Padam
  14. Rajinnya awak teman Encik L memancing...
    Sepupu Nur pernah temankan suami dia..
    Sepanjang masa duk sms nur cakap boring..

    Memancing ni ada dua perkara yg kita dapat sebenarnya..
    Pertama belajar bersabar,
    kedua ketenangan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.

      Bile masa lak rajen???

      Sian tgk mancing sorg2...

      Padam
  15. betul2..macam tak berbaloi plak kan nak beli Joran sampai beratus2..tapi kalo dah mint tu bgi diaorg berbaloi je..
    Rajin betul teman encik L memancing. Kalo sya dok umh tido je hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. takde la rajen pun...

      just ikut gitu-gitu je kot...

      kaau die nak mancing bermalam bagai...

      kem salam nak teman

      :)

      Padam
  16. rajin mengikut en l pancing.joran nie semua mmg mahal..

    BalasPadam
  17. kalau kena tunggu 2jam tanpa buat ape2, rasa macam tak berapa nak sabarla kan. habisla nanti kite terus jadi ikan duyung kat tepi tu. kihkih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi ikan duyung yg bersuara lantang kan oshinz...

      :-)

      Padam
  18. dulu aku suka gak memancing. masa kecik ah. dah besar camni ah malas ah. biasa ah jaga kulit haha.

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.