Pengikut (Blogspot)

Isnin, 15 April 2013

isnin toya : pemberian yang lebih baik dari ringgit

hello semua, selamat pagi...

tengah blues ni; elok baca-baca buku. ahak; tibe-tibe je jadi baik. bulan ni aku beli dua buku. dua je kot sebab yang lain aku beli majalah. satu buku aku simpan untuk letak dalam hantaran. satu ni, aku baca lah. untuk diri sendiri. 

Nikmatnya Sedekah yang ditulis oleh Muhammad Hasan Al-Basri; mengupas isu sedekah, zakat dan infak. pemberian sedekah yang boleh memadamkan kemarahan Allah SWT. aku suka dengan ayat tu. 

dalam banyak-banyak ilmu dalam ni, ada lah sesuatu senarai pahala yang aku rasa sesuai nak kongsi kat sini. aku pun tak berapa nak pandai terang, so aku salin je lah ayat dari buku macam kat bawah ni.

Asas perbuatan setiap manusia adalah iman. tanpa iman, perbuatan baik adalah tiada ertinya. kemudian, kedudukan antara perbuatan pahala mengikut hadith Bukhari dan Muslim adalah macam senarai kat bawah ni:

1. Pertama ialah Jihad; membela agama Allah SWT

2. Kedua ialah membantu golongan pekerja; memudahkan orang mendapat pekerjaan atau menempatkan mereka dalam melaksanakan tugas dalam pelbagai aspek untuk kepentingan ekonomi. {ni aku rangkum sebagai berniaga, orang berniaga je boleh upah orang kerja}

3. Ketiga ialah melakukakn perkara yang berfaedah untuk manusia.

4. Keempat ialah tidak mengganggu orang lain, menyakitinya atau menyusahkannya. sekiranya seseorang tu dah tak mampu nak berbuat baik dengan manusia lain, jangan pulak menyusahkannya. 

ada perkara yang lebih baik dari sedekah barangan, wang ringgit dan makanan kan. benda-benda yang tak nampak adalah lebih bernilai dari yang kita nampak. renung-renungkan lah. 

tu je nak kongsi. isnin tak elok blues. adey-chiau.


p.s : jahat Encik L menipu aku beliau demam. demam betul-betul taknak layan.


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.