Pengikut (Blogspot)

Selasa, 2 April 2013

empat gambar satu perkataan

hello semua, selamat malam...

disebabkan ada orang cakap yang aku selalu cerita pasal Encik L. hari ni aku nak tukar cerita. hahaha. Encik L adalah tunang merangkap rakan sekerja. jadi kebanyakan masa, suara dan perbincangan aku lakukan dengan beliau. setiap hari. kiranya memang aku takdak kawan lain dah la...

hari ni aku nak cerita pasal kawan-kawan pejabat. kami semua bujang. insya-Allah; jadi kami senang jadi kawan dan senang lepak sama-sama. paling menarik kami boleh dikerah oleh Ncik Bos Botak untuk kerja bila-bila masa; pagi-petang-siang-malam.

tak kesah la semua benda yang membuat diri tertekan tu. akhirnya, bila projek berjalan lancar dan siap. semua orang akan puas hati kan. 

okey. melalut. bila kedai Akak Sebelah telah buka semula. pakat ramai-ramai lepak satu meja. ada dekat 10 orang sambil makan; sambil juga hilangkan stress; tertekan katanya seorang pegang 5 6 projek. bwuuek!

sementara menunggu makanan masak; kami berborak dan bermain permainan dalam sebuah peranti bernama android. semua orang pakai android ye kan? dengan ketagihan tahap suam-suam kambing terhadap permainan '4 Pic 1 Word' yang baru aku muat-turun tadi. semua orang santai dan lepak-lepak menjawab soalan sehingga ke peringkat 37. selepas itu; ayiooomak!

PAIR
ni lah lebih kurang permainan ni. kena teka empat gambar dalam satu huruf. gambar pertama burger 2 biji, kasut sepasang, kumbang daun 2 ekor dan stokin sepasang. semuanya hadir berdua. jadi jawapan yang paling hampir ikut huruf tu PAIR la kan. pandai kan aku untuk soalan senang ayam macam ni. 

banyak lak cakap. esok lukisan nak hantar. adey-chiau. assallammualaikum...




p.s : melayan lagu cinta dengan Adik Atikah. sedih ooouh kalau hidup macam Lagenda Budak Setan. sob sob (acting)




Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.