Pengikut (Blogspot)

Khamis, 18 April 2013

ekor si Belang



hello semua, selamat malam...

selain dari masalah cinta yang telah diperbincangkan secara jelas dengan nakama. ada satu benda lagi yang jadi dalam hidup aku. acheh. poyo kan...

tiga hari lepas, Belang tak balik-balik rumah. hari pertama takde nak risau mana sebab dah memang nama kucing jantan; musim mengawan la katanya. yang pelik, kucing betina kat kawasan ni dah bunting. ke mana pulak 'abang kawasan Belang' ni menghilang. adooi.

kami gang satu rumah anggap Belang pegi rombongan, ikut Ncik Bos Botak bawak warga emas lawatan ke Putrajaya tu pasal tak balik-balik. keh keh keh. 

hari kedua dah risau dah. semua dah agak ada sesuatu jadi kat Belang. semua bajet Belang dah arwah. Belang dah tua mungkin tahun ni umur dah masuk lima tahun ibarat lima puluh tahun umur manusia. 

petang Rabu yang aku mula bergaduh dengan Encik L tu, aku dok laung nama Belang ulang-ulang kali. doa aku dalam hati (suara aku kan kuat alam) kalau Belang sesat biar dia dengar suara aku dan jumpa jalan balik rumah.

ada dalam satu jam aku laung-laung nama dia. henti kejap, panggil kejap. menjelang Maghrib tiba-tiba dengar suara mengiau kat luar pintu. Ya Allah, Belang balik! 

bergegas mak die; Kak Hawa ke pintu depan. Ya Tuhan, ekor takde bulu dan kaki tempang. sayu hati aku sampai melelehkan air mata. phuui. 


Pesakit sementara. Biasalah akan lepak dekat katil aku
kitorang suspek Belang kena langgar basikal. walaupun Belang nampak gemuk dalam gambar atas tapi Belang skang tak boleh jalan. dua-dua kaki cedera. nak berak pun mak dia sediakan pasir dalam rumah. dengan sifat mengada-ngada yang ada pada Belang ni, kitorang tak tahu betapa tabahnya Belang naik sampai tingkat empat. naik perlahan-lahan la kot sebab aku laung nama dia pun satu jam. 

Ekor Secara Dekat
emak Belang dah sapu minyak gamat dan bagi minum air kelapa. tapi Belang asyik tido je. naik risau la semua orang. harap Belang cepat sembuh. tak tahu nak ubat cara murah apa lagi dah ni. adey-chiau.






Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.