Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Isnin, April 1

demam dadih

hello semua, selamat malam...

minggu lepas kami sepasukan kerja macam nak gila. kerja lebih masa setiap hari. jadi sebagai satu terapi orang tua mengidam, tiba-tiba Encik L melambakkan 4 plastik dadih atas meja aku bersama dengan sekotak besar Koko Krunch sebagai upah.

beliau cakap teringin. jadinya; dengan semangat selepas itu membeli bekas kecik-kecik untuk aku merebus dadih buah-buahan yang diimport khas dari Felda Trolak Selatan.

semalam, aku buat perisa mangga. dua jam juga nak tunggu didih campur masuk dalam bekas. bahan utama ialah susu ideal dengan gula pasir yang dimasak rebus hingga mendidih. kemudian, padamkan api dan masukkan serbuk dadih bersama dengan gula tambahan yang memang tersedia dalam plastik dadih tersebut. kacau aduan sehingga sebati. maksudnya tiada lagi buih-buih gula dan susu berketul. nampak macam air je dadih tu. boleh la masuk ke dalam bekas.


Nenas sebagai penyeri dadih.

Dadih perisa Tembikai Susu

yang kat atas ni pulak, dadih yang aku baru buat kejap tadi. tiba-tiba rasa nak berhenti kerja jadi jurutera dan jadi jurujual dadih. kahkahkah. juru jugak nama depan kan?

sekian. menempek gambar dadih di blog. pertama kali seumur hidup tak pernah buat. ni lah kenang-kenangan. esok lusa mana tahu dah tak sempat buat sebab kerja macam orang gila. 

salam sayang semua. assallammualaikum. 



26 ulasan:

  1. kitorang nak kena bayar tak? hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akan dipertimbangkan utk byran...

      Satu bekas rm5 tu...

      Haha.

      Padam
  2. Buat dadih ni mmg senang je kan? Petik jari je dah siap. Hahaha! Tp sesenang mana pun, aku lum penah lg wat sendiri. Tp aku tau sbb dulu mak aku salu wat. Hahaha!

    Lama tak dtg sini, blur2 kejap aku tadi. Betul ke ni blog kau? Tetiba dah bertukar kulit. Hahaha! Naseb baek font dlm entry lum berubah, aku still kenal :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Liya... Miss u...

      Singgah gak ko di blog ku yg hina ini... Haha.

      Aku pun kalo tak dipaksa mmg tk buat pun...

      Tp dh jd hepi skang... Nk buat lagi...

      Hehe.

      Padam
  3. time iklim tengah panas ni bagus juga layan dadih. rasa macam span je masuk melalui kerongkong.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haa tau tak pe...

      bertambah-tambah dari bekas ke bekas :)

      Padam
  4. saya pun hantu dadih jugak. hehe.

    BalasPadam
  5. encik L

    encik L

    encik L

    encik LLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL

    eh,

    siapa encik L ni ha? rajin kau sebut encik L kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.

      encik L ni tunang aku la...

      takkan nak sebut nama lelaki lain selain tunang...

      huhu.

      Padam
  6. rajinnya buat dadih. kalau musim panas pekena ni sejuk2..memang lah nikmatnya. selalu beli yang pek, jual kat agrobazar...balik tuang dalam periuk & didihkan je..hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo agrobazar...

      ape brand eh?

      sebab orang cakap dadih ikut brand kesedapannya

      :)

      Padam
  7. sedap tu.lama tak pekena dadih. nak sket leh??heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. mai datang selayang...

      ade berkepuk dalam fridge aku

      :)

      Padam
  8. kalo ada jamuan...dadih ni yg pling cepat dan senang dibuat.

    BalasPadam
  9. Banyak gak buat dadih ini....
    Nak satu!!!

    BalasPadam
  10. banyaknya buat dadih...sat sebelum jadi jurujual, bak mai sini sikit nak rasa dulu.

    BalasPadam
  11. akk tak pernah buat dadih.mkn jer tau..solutelah klu org pandai buat dadih.hiks..

    BalasPadam
    Balasan
    1. org yang pandai membuat dadih ialah orang yang pandai membaca arahan belakang plastik...

      hahaha.

      Padam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.