Pengikut (Blogspot)

Selasa, 30 April 2013

cerita zoo negara

hello semua, selamat malam...

rasa macam aku dah takde idea nak cerita bab perasaan. atau mungkin aku yang perasan aku bahagia. haha! banyak kali aku gaduh dengan Encik L minggu lepas. tapi sebab isu yang sama; aku dah macam lali dan kuat sikit. 

hari ahad lepas mungkin hari tsunami kitorang berdua. gaduh bagai nak rak dalam kereta. akhirnya berhenti kat Zoo Negara. ingat nak ikut geng rumah sewa jalan-jalan dalam tu. sekali diorang dah balik. akhirnya aku pun masuk dua orang je dengan Encik L. 

ha kau; dah sampai tahap tunang baru merasa 'dating' dalam zoo. kihkih. tu pun sebab ada insiden tinggal meninggal kat luar zoo. bayar je tiket aku nampak mood Encik L macam dah reda. tapi aku pentingkan mood aku dulu yang terlebih excited; gelinjat.

aku memang suka zoo. aku suka binatang. Encik L pun. tapi gaya suka kami lain-lain. dunia lahir pun lain-lain ye tak. mestilah lain. Encik L suka menghayati binatang dengan gaya senyap-senyap. aku pulak suka menghayati binatang dengan gaya bising-bising. aku akan seru nama binatang depan aku seperti memanggil harimau sebagai Belang; Rusa dan apa-apa binatang depan aku tu. huhu. fun ape kan?

tapi Encik L anggap benda tu semua sebagai poyo sambil malu nak jalan sebelah aku. akhirnya beliau jalan kandang lain; aku jalan kandang lain. kikiki. 

aku tak dak la kesah mana; beliau perangai lagu tu. aku lagi gembira jalan sorang-sorang dari beliau depan mata dok complain buat sakit hati. 

aku jumpa rusa; aku rasa nak bagi makanan. roti takde. aku pun cari keliling. yang aku jumpa hanya keropok chip. rusa tak makan, buat muka pelik dan kelat. hehehe. comel je time tu tengok rusa. 

lepas tu Encik L tanya aku :

Encik L : Kancil mana yang?

di depan aku dan beliau masa tu ada spesis yang berkenaan. 

Aku : ha, yang ni kancil. kecik sikit dari tadi. kancil!!!!!! (aku seru biar kancil makan keropok chip aku)

'kancil' naikkan telinga ke atas dan memandang aku.

Aku : meh makan metal-deck meh! 

'kancil' buat tak layan. dalam masa yang sama ada sekeluarga lalu dengan anak lelaki umur enam tahun. 

Bapa : Along, meh tengok kancil meh. tengok dia tidur.

Anak Lelaki : mana bah?

Bapa : tu dalam kandang. 

beberapa saat kemudian, Encik L melintas depan aku baru balik dari semak pada papan tanda kandang. 

Encik L : ni kijang la yang...

hahahaha. aku pun tengok muka bapak budak tu. sebab aku tahu beliau malu dengan anak beliau. aku dengan Encik L pun angkat kaki dari tempat kejadian. 

Encik L geleng kepala tengok aku buat perangai. lepas tu kitorang berdua menghayati spesis burung-burung dan harimau-harimau.

disebabkan kitorang hanya meredakan perasaan dan pergaduhan sebelum tengok Ncik Atok kat hospital, satu jam lepas tu kitorang balik. 

aku seronok jalan-jalan kat zoo dengan Encik L. aku cuma nak paw beliau seekor rusa sekarang. boleh tak boleh??

haha. poyo kan. adey-chiau. 



Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.