Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 26 April 2013

beza lima puluh sen dalam hidup

hello semua, selamat tengah hari...

semalam nak tulis. tapi takda idea. jadi hari ni tulis. takde la idea mana pun. tadi aku kantoi dalam kereta masa borak-borak dengan Encik L depan Ncik Bos Botak. beliau mesti nak tuduh aku bukan-bukan. lantak situ la. kihkih.

gelak-gelak jugak. tapi zaman tengah susah sekarang ni. redha je lah. semalam; Encik L datang sini ada urusan jadi disebabkan sampai dah pukul 10 malam. makan ding dong dah dekat 12 malam baru sedia nak balik Trolak semula. 

tapi tiba-tiba beliau cakap tak larat. terus bertepek bawah meja aku. aku pun lari atas asrama amek bantal, selimut dengan T-shirt. dah beliau tukar-tukar sendiri tu. tiba-tiba badan menggigil sakan. aku pulak yang naik cuak. panadol Ncik Meor ada sebijik je.

lepas tu dah suruh urut kaki ape ke hal ntah. tapi ape kes nak urut kaki kalau badan panas macam gitu. macam takde apa-apa perhubungan lenguh dengan badan panas.

akhirnya aku ambil keputusan untuk membeli ubat di Kedai Keling. lalu dengan pukul 0100 pagi; di saat duit ada tujuh ringgit dalam dompet. di saat itu, mana bank kau nak cekau dah. sedih tak? hahaha. 

aku pun meminta Cool Fever di kaunter dan sepapan Panadol Basic warna putih. dan Abang Kaunter menekan nilai di mesin simpan duit. menunjukkan nilai tujuh ringgit lima puluh sen. 

aku pun cakap:

Aku : Bhai, kasi kurang panadol la sikit. saya ada tujuh ringgit je. 

syiling time tu semua aku dah alih kat rumah. 

Bhai : takpa adik, you boleh balik. 

aku pun terima kasih sama bhai dan aku balik. entah, aku ni takla susah mana sebenarnya. ikut apa jenis kerja aku sekarang. tapi aku akui aku susah la sekarang ni. 

semua orang susah. dan aku yakin ada yang susah dari aku. tapi betul. ni pengalaman kan. sedangkan demam biasa aku tak mampu nak tanggung. ni pulak kalau keluarga aku ada sakit teruk. 

kesimpulannya, (yang takde kesimpulan). adakah aku kena menapak ke tempat lain?

adey-chiau. 


p.s : boring la kawan. aku rasa aku pulak nak demam sekarang. 


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.