Pengikut (Blogspot)

Selasa, 9 April 2013

ada di pejabat

hello semua, selamat petang...

banyak benda lah. bersarang dalam jiwa. dua tiga benda yang nak serahkan esok. semua pun tak nampak bayang nak siapkan. aku mencari mesin 'pressure grouting' untuk projek baikpulih struktur di sekolah-sekolah di bawah projek rangsangan khas (prk) kawasan Utara (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang). perlu ke tulis nama penuh sini?

aku jugak kena siapkan kaedah kerja untuk projek tersebut. sebab perunding dia ada 'master' mengharapkan kaedah kerja yang dihantar adalah persis tesis. oops. gurau je. haha!

selain itu, 'sketch-up' untuk tandas VIP Ncik Meor Satey, oouh; 'skecth-up' untuk orang yang nak sewa Rumah Makcik Sebelah. gile ke nak siap dalam masa sehari? bukan aku pekerja mahir pun. baru kecik-kecik anak belajar. lembab macam siput. 

lagi; meh aku senaraikan beberapa kerja mengarut seperti menyiapkan laporan ujian ke atas besi yang berkarat; fluorescence serta laporan terhadap struktur 'corbel' yang nak roboh. laporan ujikaji kekuda jenis kayu yang diluluskan oleh MTIB; masih aku.

kalau fikirkan kerja, banyak kan senarai yang akan aku sebut. takut-takut buang air besar pun masuk dalam jadual kejap lagi.

puas dah aku membebel. adey-chiau. 


p.s : warnai hidup seindah mungkin. credited to Nakama Fariza. heee :)

 

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.