Pengikut (Blogspot)

Ahad, 24 Mac 2013

sebuah buku lakar

hello semua, selamat tengah malam....

kadang-kadang cakap beliau betul. kadang-kadang dan selalunya cakap beliau mendorong untuk diri menjadi lebih bersemangat; dengan kobar-kobarnya.

cara untuk mempertingkatkan diri. cara supaya tidak lemau semasa di tempat kerja. Encik L dah ada jawapannya. terima kasih kerana menyedarkan aku.


Buku Lakar - Pensel Tekan - Pemadam - Pen

setelah mengadakan seisi luahan perasaan; dua tiga hari empat lepas, Encik L mencadangkan aku supaya menyediakan satu buku melukis. menulis aku dah ada buku sendiri. melukis aku belum pernah ada lagi. dalam buku tu, Encik L suruh aku lukis apa yang aku nak dan fikir kat mana-mana sahaja aku berada. 

disebabkan lukisan untuk Rumah Makcik Sebelah adalah sampah di bawah kelolaan aku; Encik L istilah sebagai 'nak berak, baru gali lubang' aku kena berubah. 

ya, dari semasa ke semasa. aku sedang mencuba untuk melukis gambar 'setting-out' yang sepatutnya disediakan oleh Juruukur Tanah. tapi biasalah orang bangsa aku; nak duit dulu baru serahkan komitmen. aku bergaduh dengan manusia tu. in the end, tulah kat aku kena siapkan sorang-sorang. 

tapi, aku pun macam orang lain yang takkan lari dari medan perang aku sendiri. ape pun masalah untuk Rumah Makcik Sebelah ni aku akan tempuh. 

ayat Encik L yang buat aku berkobar-kobar adalah macam ni ' ko dengar cakap aku, sediakan buku lakar untuk drawing semua; satu hari nanti ko dah berjaya dapat ape ko nak ko mesti terima kasih kat buku tu '

yakin sangat kan bunyi ayat tu. tapi betul jugak. tak cuba tak tahu. adey-chiau.


p.s : sedang mencuba untuk 'stay-up combo' selama dua minggu akan datang. 



Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.