Pengikut (Blogspot)

Ahad, 24 Mac 2013

hadiah hari jadi (2)

hello semua, selamat petang...

semalam Encik L buat kejutan lagi. aku pun tak tahu kenapa. tiba-tiba muncul kat pejabat jam 0300 petang. aku pulak terbongkang tido kat tepi meja aku kat pejabat. 

ada orang kejut aku dengan suara lemah lembut. aku terjaga tengok Encik L senyum kat aku. aku pelik. sebelum ni pernah gak aku tertidur kat tepi meja tapi aku dengar suara beliau deras macam askar. 

"Kenapa?" soal aku dengan pelik campur mamai.

"Jom pergi makan Ayam Penyet, lepas tu kita jalan-jalan" ayat penyata berbaur arahan.

beliau risau sebab masa kali terakhir aku cakap dengan beliau; suara aku macam sedih, kecewa dan stress. jadi, dengan cepat-cepat beliau datang. 


Enam Ekor Ikan - 230313

ini jugak hadiah hari jadi aku. Encik L cakap dah stress sangat, terpaksa bagi muka kepada aku dengan menghadiahkan aku ikan beserta akuarium tu sekali. 

aku yang seumur hidup tak pernah membela ikan baru tahu kalau nak beri komitmen kepada ikan daripada kosong boleh makan ratus ringgit sekali beli. aaau; aku dah halang Encik L beli tapi beliau nak beli jugak! hehehe. memang aku nak pun sebenarnye...

berasa sangat gembira melihat ikan berlegar-legar dalam akuarium, aku dah lega hati dan akan mula bekerja serajin mungkin. huhuhu.

pesan terakhir Encik L semasa ikan-ikan diletakkan di dalam akuarium berbaur ugutan seperti 'kalau mati ikan ni disebabkan kau tak jaga, aku taruk ko cukup-cukup'

alamak. susah jugak nak jaga ikan. okey, nak bagi makan malam kat ikan. adey-chiau. 



Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.