Pengikut (Blogspot)

Khamis, 21 Mac 2013

Gambar 18 : Sesuatu Yang Kamu Tidak Suka

hello semua, selamat petang...

akhirnya aku dah meletup dan lemau. adoi, aku baru pergi dan balik dari Sungai Koyan untuk lawatan tapak. korang nak cakap apa. sampai je pejabat terus membongkang tepi meja. mimpi apa benda bagai. ni baru bukak mata.

benda ni aku patut tulis semalam. benda ni aku rasa semalam. aku ni jarang memilih air. aku minum semua jenis air. yang halal la kan. takkan tetiba aku suka menunggang botol todi. oh, hilang akal kot...


Teh Susu Kambing

sambung cerita; semalam aku pergi taklimat tender sorang-sorang. lepas tu, masa tu jalan raya tak sesak macam selalu. mana ntah semua orang Klumpo pergi. jadi aku sampai di tempat kejadian kira-kira setengah jam awal. memang mati kutu.

masuk Old Town. order roti masak stim letak mentega gula dan air ini. serius tak suka. sebab sendiri tulis pesanan dan sendiri salah masukkan kod minuman; akhirnya air Teh Susu Kambing yang aku dapat.

phui. rasa memang lain kan. bila aku menggatal tengok ape yang aku pesan; terus kembang tekak. tak larat nak minum dah. tinggal dan terus pegi tempat taklimat. ye aku taubat. adey-chiau.



Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.