Pengikut (Blogspot)

Selasa, 19 Mac 2013

cabaran swiss

hello semua, selamat petang...

lame dah aku tak tulis blog. hari ni taklimat tender; kerja-kerja yang aku rasa masih belum layak untuk sertai. esok pun ada taklimat tender lagi. bidaan dengan menggunakan sistem internet. semua pakat nak tender dalam laman sesawang. akan mengurangkan kadar pengurangan kertas satu hari nanti. mungkin lah. 

jadi, penender kena belajar medium baru untuk membeli tender dan masuk tender dan itu dan ini. macam hari ni pertama kali pergi taklimat tender jenis "Swiss Challange"

sebabkan keterujaan aku sanggup bertanya kepada Ncik Wikipedia; disamping itu menunggu pegawai berkenaan untuk menerangkan skop kerja selama satu jam lewat dari iklan tender. sesungguhnya hargai lah masa. ye tak?

Swiss Challage bermaksud satu bentuk bidaan yang telah diarahkan oleh pihak kerajaan ke atas sesuatu pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan siaran membida kepada pihak ketiga, menjemput dan menyuaipadan mereka dalam projek tersebut. 

tu dalam wikipedia cakap. pada realitinya aku tak berapa faham pun. yang aku faham; bila kontraktor bida dengan satu harga tapi tak semestinya kita perlu beri atas prosedur 'cut off' 

bila-bila masa, kalau ada kontraktor lain yang bagi harga yang lebih optimum dengan keupayaan yang lebih bagus dari kontraktor yang telah dipilih pun akan diambil kira sekali lagi.

pening kan?

tapi aku malas nak pening sangat. sebab kalau main pakai ratus-ratus juta mana lah syarikat ni mampu nak pegi kan. kalau syarikat aku ada ratus juta pastilah gaji aku sudah angka puluh ribu. sebab jadi sorang-sorang je perekarunding dalam syarikat ni. kahkahkah.

jadinye, buang masa nak faham lebih-lebih. adey-chiau.


p.s : perlu buat sesuatu, untuk siapkan sesuatu. ape ni?? haha. abaikan.


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.