Pengikut (Blogspot)

Selasa, 5 Februari 2013

teori memancing

helloo semua, selamat malam...

hari ni sangat sibuk dengan benda macam-macam. akhirnya aku menulis tengah malam ni. entah kenapa aku masih tak boleh nak tidur. 

semalam, hari agak mencabar bagi aku. aku beria buat permintaan kan. nak pegi memancing dengan Encik L. silalah padan muka, sebab diperkenankan dengan cara aku fikir 5 6 kali nak ikut lepas ni. hahaha. 

lepas melawat rumah kat Kuala Kubu Bharu, Encik L terus bawak kereta ke Empangan Selangor. dulu masa kecik-kecik aku berkelah kat sungai-sungai yang sekarang ni dah ditakung menjadi empangan. jom tengok gambar, boleh cerita lebih kurang...



Disebalik Rimbunan Pokok dan Semak Samun
tempat yang aku pergi ni takde la bahaya mana. di bawah longkang setinggi 5.00 meter dari perkarangan jalan raya. nun kat atas pokok besar nun.


Ikatan Enam Lapis Ikat Tocang; Guna Gigi Je...
okey. sebenarnya masa gambar ni diambil. Encik L tengah kecewa gila. mula-mula beliau mencampak seekor ikan tipu yang berwarna hijau. sempat juga buat penerangan kat aku yang kosong ni bahawa ikan tipu itu adalah seekor yang boleh menipu seekor ikan jenis pikok base. ape rupe pikok base aku pun tak reti. campak je ikan tipu hijau tu terus toman sambar. tapi sesaat lepas tu tali joran yang berkuasa ala pasar malam putus. langsung tak dapat ape. hahahahahaha.



Menyimpul tali Enam Lapis ke Ikan Tipu
setelah bertungkus lumus mengikat tocang enam lapis dengan menggunakan gigi sebagai penyakut tali akhirnya tocang siap. ikan tipu berwarna coklat pula diletakkan di joran. okey bersedia nak mencampak ke tengah tasik je ni. kehkehkeh.




Melayang Tali Joran ke Tasik
okey. dah bermula. cubaan kedua. di tempat yang sama. harap-harap Mak Toman yang tadi tu sekali lagi ditipu dengan ikan tipu berwarna coklat. spekulasi Encik L mengatakan bahawa ikan tipu hijau tersangkut pada gigi Mak Toman. aku is tak paham sebenarnya. hohoho



Tumpuan kepada Tangan Pengemudi
bila dah fokus macam ni, cakap ape pun tak layan dah. tanya ape pun buat tak peduli. buat-buat tergelincir kat batu pun tak nampak. hihi. yang ayat akhir tu dusta.



Memakai Sehelai Skirt dan Sepasang Sandal Licin
ini paling tak boleh pakai. skirt kembang gelebeh-gelebeh bersama dengan sepasang sandal licin menuruni batu-batu sungai adalah hilang separa akal. tapi lagi okey kena tunggu dalam kereta kan?




Pulau Pokok Serap Air
disebabkan sebarang pertanyaan mengenai ikan dan pancing yang diutarakan tidak memberi apa-apa jawapan yang membina. aku dah malas nak tanya. jadi aku ambil masa menghayati keadaan sekeliling. ada pulau pokok serap air yang boleh menjamin tasik dari kering. ceh? mana fakta subjek ape aku lupa dah.



Orkid Liar Hidup Mekar
terpengaruh dengan manusia gila kamera, aku pun nak jugak ambil gambar bunga orkid secara fokus. iya itu adalah gambar kaku. hehehe.



Gigi Air Yang Bersih
Jadi orang-orang Selangor tak payah risau dah. Gigi air empangan ni memang bersih. Nampak jernih hijau sayu mata memandang je di kejauhan.





Sudah Jemu
ni ayat yang paling menarik hati aku 'Sayang, jom balik' yeay. setelah setengah jam berusaha mencari Mak Toman akhirnya Encik L mengalah. yuhuhuhu.




Melalui celah-celah Longkang Sebenarnya
sempat jugak aku tangkap gambar ni. masa ni Encik L bising tak nak tolong aku dari batu-batuan dan meninggalkan aku dari semak belukar untuk berjalan sendirian. bila aku mintak tolong siap tuduh aku mengada. oh tidak masuk akal. sekarang aku tahu, yang cerita Korea membuktikan lelaki seperti meninggalkan wanita berjalan sendiri di kala kesusahan adalah tidak manis okey. langsung tidak.

lepas tu aku singgah Rumah Puan Nenek, sambung memancing ikan talapia pulak. bila sampai rumah Ncik Busu bercerita hal Toman, Haruan dan segala jenis umpan yang sesuai dengan ikan tu la.

ini pengalaman pertama aku ikut Encik L memancing. salam sayang semua. aku akan blogwalking jumpa korang nanti. babai.











Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.