Pengikut (Blogspot)

Selasa, 19 Februari 2013

perkembangan

hello semua, selamat pagi...

aku sangat takde mood nak tulis atau tangkap gambar apa-apa dua tiga hari ni. malas bertimpa-timpa. lukisan pulak entah apa-apa. sebab ada perubahan kat tapak bina aku buat lukisan Rumah Makcik Sebelah macam goreng pisang panas. belum habis panas plotter tu terus bina. gile tak gile.

mengantok la. sebab Encik L buat perangai muda bergayut telefon sampai pukul 0400 pagi. tak romantik dah aku rasa saat ni. banyak benda lain yang perlu difikirkan selain itu.

bercerita pasal orang kedua yang boleh dikatakan mengganggu kelangsungan hubungan aku dengn Encik L; secara terus terang bersama beliau semalam aku dah tawar hati dengan perkara tu.

sejak hari pertama aku kenal beliau, memang aku tau yang beliau sayang kat perempuan tu sangat-sangat. dan aku bukan orang yang jadi kesayangan beliau pun. 

aku je yang membawa beliau berjalan sejauh ni. jadi, aku sendiri dah tahu ape yang jadi untuk masa depan. aku cuma berharap, Encik L boleh menjaga keluarga beliau, keluarga aku dan bakal anak-anak aku dengan baik. dan berbuat baik dengan mereka. 

selebihnya, tak payah nak hiraukan apa perasaan beliau kat aku. memadai dengan beliau berlaku baik bersama dengan semua orang sekeliling aku. aku dah rasa bersyukur dah. 

bila bercinta dengan orang yang ada bekas ni; satu je cara yang aku rasa berkesan. jangan dilayankan sangat perasaan emosi dan kasih sayang bertimpa-timpa dalam diri yang sedia mulus ni. 

aku dah bersedia hadapi segala kemungkinan yang ada. hidup ni penuh dengan perkara yang tak pasti. berserah je la pada nasib yang ada dan berusaha untuk kehidupan yang lebih baik masa akan datang. 

okey. nak sambung buat kerja. gambar untuk Gambar Hari Ini akan disambung pada entri akan datang. mencari idea ni tak dapat-dapat. adey-chiau. 

p.s : serius rindu nak jalanblog. 


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.