Pengikut (Blogspot)

Selasa, 5 Februari 2013

masker arang dan masker blueberry

Hello semua, selamat tengah hari...

Lepas jumpa pegawai yang dah dua kali lari taknak jumpa aku tu, satu je aku terfikir ada benarnya; lari takkan selesaikan masalah.

Macam ni lah. Adik Atikah dah pandai bawak kereta. Akak adalah penumpang di sebelah la dik non.

Semalam kat Watson, Cik Shida adalah penghasut untuk aku membeli masker arang. Yang macam gambar kat atas tu. Jenama Activa. Ramai jugak blogger yg dah pakai. Siap ada yang buat tutorial lagi kot.

Benda alah ni best. Serius aku cakap. Harga 11.90; ringgit malaysia. Didatangkan dalam dua pek. Satu pek hitam dan satu pek putih.

Pek hitam ialah arang yang didatangkan dari pembakaran pokok oak. Pek dia tulis, bukan aku yang kata. Hahaha. Tepekkan cecair arang ke seluruh muka kecuali mata dan mulut kot. Letak kat situ kang melekat smpai bila-bila tak jamin. Biar arang di muka selama 20 minit atau sehingga arang keras dan boleh ditanggalkan. Mana-mana satu.

Kemudian, cuci muka bersih. Keringkan muka dan buka pek putih. Pek ni mengandungi masker jenis tampal. Tepekkan pada muka dan lelap di pembaringan selama 20 minit atau sehingga air masker kering. Mana yang korang suka. Satu lagi nak bagitahu yang masker putih mengandungi estrak blueberry yang bagus untuk memberi anjalan pada kulit. Kata pek tu jugak. Hihi

Happy kot lepas pakai masker ni. Rasa kulit bersinar. Ok. Habis taip ngam ngam sampai.DBKL. Nak g makan tengah hari dan berurusan. Adey-chiau.


Published with Blogger-droid v2.0.8

22 ulasan:

  1. dan kesimpulan nye apa jadi??
    hahahahh
    saja je Na bergurau..
    lama dah x singgah blog ni..
    WINDUUU~!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesimpulannya... Kulit menjadi lebih putih lepas ni kalo istiqamah... Haha

      Padam
  2. cecair ke? ingatkan mcm slice tuk tepek tu.. lepas pakai masker kena letak pape tak? sbb lepas tu kulit jd tegang kan..? mcm kita pakai telur ayam putihla, kulit akan tegang, lepas tu letak apa? biarkan je ke..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang warna hitam tu cecair. Tk payah pakai ape dah. Pakai yg tu je tunggu smpai kering. Hehe

      Padam
  3. baru aku tahu masker arang nih dr blog FL. kalo FL tade mention idakler aku tau sampe skrg kelebihan die. huhu skrg ko pulak...ok la nk ke watson jap ahak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba la paris... Takkan menyesal... Hihihi

      Padam
  4. ptutla msa aku jmpa ko kat wedd pia ari tu berseri2 erk..
    ni rahsia ko rupanye.. tq2.. aku nk try klu rajin.. kihkihkih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh??

      Mase tu aku tak pakai lg bnd alah ni. Smlam baru jumpa.

      Tapi memang best. Cuba la...

      Padam
  5. comel je dia ni hehe.. cuba lah shiseido punya mask tu. murah je! bagus utk bwk keluar blackheads/whiteheads. mencacak-cacak keluar! :D

    BalasPadam
  6. kena gi Watson nmpak gayanya pasni..

    BalasPadam
  7. :) Masker.. masker.. masker.
    [takde mende lain nak taip ke Len?]

    Aish~ susahnye nak dapat momentum melawa nih.. sgt susah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.

      Selain melawa ia juga menjaga kesihatan kulit kite :-)

      Padam
  8. mcm best mask ni. tetiba rasa nak pakai mask tonite :pp

    BalasPadam
  9. macam2 jenis mask ada. hohoho

    BalasPadam
  10. Nanti nak cuba beli lah sebab fie pernah tengok dua tiga orang dah buat review pasal masker nie. hehe

    BalasPadam
  11. ramai yang up entry pasal masker ni.. memang berkesan ye?.. Teingin pulak nak cuba..

    BalasPadam
    Balasan
    1. berkesan... dan mcm puas hati...

      tapi tak tahu la kalo ros mcm mane lak kan...

      Padam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.