Pengikut (Blogspot)

Rabu, 6 Februari 2013

diet orang kaya

hello semua, selamat tengah malam...

sekarang ni kami ramai-ramai bujang satu pejabat lepak kat pejabat sambil tengok cerita hantu Thailand yang tak berapa nak menyeramkan lah; Taxi To Night. siap pakai projector pancar pada dinding lagi. meriah. lucu siot hantu bawak teksi.

tapi satu benda yang aku keliru. kenapa Ncik Pemasaran letakkan buku ni atas meja aku. aku belum sempat baca satu hari ni. Ncik Pemasaran pernah cakap dengan aku yang kita boleh diet secara sihat cuma satu cara je. jangan makan nasi. 

Permulaan untuk Atkins

adakah aku terlampau gemuk? mengganggu pemikiran sungguh dengan kehadiran buku ini di atas meja. mungkin aku perlu berubah sesuatu atau mungkin, entahla...

penat sangat. nak tido awal. adey-chiau.



p.s : macam nak berborak panjang je dengan Encik L pasal benda alah ni. tapi bile ntah masanya.



Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.