Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

jamu mata, minat klik klik

Ahad, Januari 13

tugasan untuk dipenuhi Tahun 2013

hello semua, selamat malam....

dah hari yang ketiga belas. dalam tahun baru 2013. kiamat tarikh baru orang putih tetapkan 2017. bengong masing-masing. kiamat yang paling hampir kan kematian kita sendiri? tu dari buku yang aku baca la.

okey. tahun ni takde kecoh-kecoh pulak aku nak senaraikan apa azam aku untuk tahun ni. macam tahun-tahun lepas dan macam yang aku selalu tulis dalam diari masa kecik-kecik dulu. 

banyak perkara yang aku harap aku berjaya penuhi:

1. paling hampir aku berharap Rumah Kasih Sayang siap dengan sempurna. tadi dah bermula kerja menambak tanah di kawasan belukar setelah sebulan lebih takde orang bekerja kat situ. bila dah siap nanti, lega hati aku. 

2. aku nak berkahwin. insya-Allah dalam bulan Ogos. hari terakhir dalam Ogos. sedang aku tiada sebarang persediaan lagi. tapi apa-apa hal, semua mesti jalan dengan baik. aku inginkan perkahwinan yang sederhana yang boleh menyatukan aku dengan Encik L; tu sahaja.

3. aku nak mula hantar permohonan untuk Insenior. bila tengok syarat dalam website hanya tiga tahun bekerja dengan firma yang sama digalakkan untuk menghantar kertas kerja yang boleh dibawa masuk ke peperiksaan. tu baru nak masuk periksa. nak dapat belum tentu. tu aku akan mula operasi dalam bulan 11. 

4. membuka syarikat kecil-kecilan. nak berdaftar bawah SSM untuk Encik L. dan juga mengambil segala kursus yang ditetapkan oleh CIDB untuk mendapat gred G1 atau G2. ini mungkin dalam hujung tahun baru terlaksana. 

5. mendaftar kursus pendawaian elektrik untuk Encik L. ni aku belum pasti arah mana. kalau nak terus pergi Suruhanjaya Tenaga ambil periksa kemungkinan buku log milik Encik L takkan lengkap sebab kerja secara sendiri dan runcit-runcit. dah nama tukang kan. jadi, aku ingat nak ambil di Kolej Komuniti atau di CIDB. masing-masing aku tak jumpa lagi. siapa-siapa ada kenalan mungkin boleh roger aku. 

banyak kan impian. ni adalah impian yang besar-besar untuk tahun ni. tapi siapa kita untuk menentukan masa depan. kita hanya merancang dan Allah SWT juga ada kuasa dalam menentukan. 

salam sayang semua. selamat malam. adey-chiau.





23 ulasan:

  1. tahniah, bakal tamatkan zaman bujang :) 31 ogos, Merdeka!

    moga semua yang disenaraikan di atas tercapai :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kak ros...

      tu lah. sangat berharap ia terlaksana dengan baik :)

      Padam
  2. Wahh banyak yg diaturkan..moga2 satu2 trcapai dgn jayanya....amiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih akak diana...

      semoga impian kak diana pun tercapai...

      Padam
  3. Mas, kalau en L ada SKM tahap 1 dan 2 bidang elektrik, dia boleh apply exam lisan sahaja utk duduk PW2 di Suruhanjaya Tenaga bersyarat, ada buku log. Tapi, kalau dia nak amik PW3/PW4, ST dah tak handle exam untuk pendawai. kena ambil di institusi yg ditauliahkan. kena attend kelas(ada parttime/fulltime).Oh ya, senarai institusi yg ditauliahkan, ada dalam website ST rasanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. takde masalahnye. buat reti. tapi log book takde orang nak sign. bukan kerja yang ada KWSP. susah gak Kak Nanie.

      tu yang ingat nak masuk kelas dari PW1. dari mula. ke Kak Nanie ade cara yang lebih senang?

      Padam
  4. Wah.. blogger kedua yg zam lawati malam ni bercerita ttg perkahwinan.. tahniah ye

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. terima kasih MM...

      plan yang pelan-pelan kayuh...

      Padam
  6. Semoga tercapai segala yg dicita, InsyaAllah.

    BalasPadam
  7. eh, budak mana tu
    jalan pegang2 tangan

    boleh pandang2, jangan pegang2

    BalasPadam
    Balasan
    1. budak-budak yang duduknya dalam Google :)

      Padam
  8. Perancangan dah ada tinggal utk jalankan dan diaplikasikan. Kalau niat dah ada insya-allah boleh tu - kakak percaya cuma mesti ada kesungguhan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesungguhan tu payah sikit. sebab awal-awal tahun dah malas...

      Padam
  9. seronok baca listing azam besar tahun baru..semuanya utk masa depan dengan encil L.semoga terlaksana. Ameen..:)

    BalasPadam
  10. Baca entry kau ni, malu aku. Aku rasa hidup aku macam takde matlamat apa2 pun. Takde pun pasang impian besar2 camni. Heheh. If ada pun, tahun ni maybe nak tamatkan master, pastu cuba cari keje baru. Tu je kut. Err itu nak ikutkan bukan la impian. Tapi mmg benda yg wajib buat mengikut jadual. Okey, mulai hari ni aku nak mula pasang azam! Zam zam alakazam :P

    All the best Punzel utk sume yg bakal kau laksanakan. Ohh, ya! Selamat bakal pengantin baru. Hehehe :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. panggil jin pun okey liya...

      matlamat besar, tapi hati kecik macam aku ni pun susah gak kekadang...

      Padam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto Saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.