Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Ahad, Januari 20

semoga Allah SWT memberi rahmat

Hello semua, selamat tengah malam...

Apesal entah aku. Tido bangun berkali-kali. Menguap tak henti-henti tapi mata taknak lelap. Selain dari bergaduh cinta sebenarnya ada lagi satu perkara yang aku sedihkan.

Takziah aku sampaikan kepada ahli keluarga Ncik Md Sah; yang tengah-tengah dalam gambar tu atas pemergian beliau ke rahmatullah, lepas Jumaat yang lepas.

Ncik Md Sah memang kawan baik bos. Penggiat dalam GBC. Sangat suka bidang IBS. Cuma terkilan; keupayaan yang kami ada gagal buka kilang.

Disebabkan beliau pakcik-pakcik yang suka bebel. Aku sebagai orang muda selalu marah atau lawan balik. Tp aku tak ambil hati langsung. Kerja adalah kerja kan.

Ada kata-kata beliau yang terkesan dalam hati aku. Pasal berniaga. Pasal pengurusan. Ya beliau sempat memberi aku kata-kata semangat.

Aku baru lepas jumpa beliau hari Selasa. Tapi hanya tegur tanya khabar. Masa tu dalam bilik bos. Tak sempat nak lepak lama.

Petang tu, aku jumpa Encik L aku cerita pasal aku jumpa beliau ni. Cuma terdetik hati aku yang 'Menyesal org tk melawat Md Sah kat hospital, kan dia dah keluar'

Encik L bising cakap yang orang tu dah sembuh. Apa nak fikir lagi. Aku bukan fikir apa. Aku cuma rasa tak sedap je. Dan dan pagi semalam dapat pesanan ringkas dari Ncik Bos berkenaan beliau dah meninggal dunia.

Terkejut. Memang. Al-Fatihah ke atas roh arwah. Semoga dicucuri rahmat. Assallammualaikum.

Published with Blogger-droid v2.0.8

13 ulasan:

  1. innalillahiwainailahirojiun...

    Moga segala pesanan dan tunjuk ajar beliau ada sentiasa walau beliau sudah tiada...

    BalasPadam
  2. al-Fatihah... semoga rohnya dicucuri rahmat...

    BalasPadam
  3. Al-fatihah...amin.
    Semoga rohnya dikalangan orang2 yg beriman..

    BalasPadam
  4. ajal maut ditangan Tuhan jugak kan? huhu..smoga rohnya dicucuri rahmat

    BalasPadam
  5. al-fatihah...... ajal dan maut datang tak lewat seminit pun.. tanpa kita sangka

    BalasPadam
  6. takziah kepada keluarga allahyarham
    kita semua juga pasti akan kembali

    BalasPadam
  7. Al-Fatihah semoga arwah ditempatkan dalam kalangan yang beriman.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Terima kasih pada semua yang mendoakan arwah....

    BalasPadam
  10. Kematian. Manalah kita nak jangka kan? Al-fatihah. Semuga rohnya dicucuri rahmat. Ambil kata2 semangat arwah yg positif okeyyy!

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.